Raja Afiq tunang senyap-senyap dengan polis viral Soffwany Yusoff - “Kami kerap berbalas mesej di Instagram”

Soffwany dedahkan dia telah melangsungkan pertunangan dengan pelakon Raja Afiq.

DALAM diam-diam pelakon Raja Afiq sudah mengikat tali pertunangan dengan anggota polis Soffwany Yusoff dan merancang melangsungkan pernikahan tahun ini.

Menurut Soffwany atau nama sebenarnya Fairuzziha Hazwany Mohamad Yusoff, 31, majlis pertunangan mereka diadakan secara tertutup beberapa bulan lalu dan pada ketika itu mereka belum bersedia berkongsi kepada umum.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota polis wanita nyanyi lagu raya dapat pujian

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah itu buat Raja Afiq putus rezeki, 6 bulan jual pemanis mulut

"Saya sudah mengenali Raja Afiq sejak awal tahun ini, tapi tak pernah dedahkan status hubungan kami berdua.

"Kami pun sudah melangsungkan pertunangan beberapa bulan lepas tapi memilih untuk tidak menghebohkan berita ini kerana masing-masing belum bersedia untuk berkongsi. Hanya ahli keluarga yang tahu mengenai status kami," katanya kepada mStar.

Soffwany berkata dia dan Raja Afiq mula berkenalan melalui laman Instagram.

Bercerita lanjut mengenai hubungan mereka, Soffwany yang bertugas dalam Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata mereka hanya berkenalan dalam masa beberapa bulan sebelum memutuskan untuk ke fasa yang lebih serius.

"Kami mula berkenalan selepas kerap berbalas mesej di Instagram.

"Mula-mula saya memang tak layan Raja Afiq tapi dia tak putus asa mesej saya. Daripada situ, kami bertukar nombor telefon dan mula rapat," katanya yang juga seorang penyanyi.

Soffwany pernah menjadi bualan netizen pada 2016 selepas tular mengenai kemerduan suaranya.

Mengulas persiapan pernikahan, Soffwany berkata pasangan itu sepatutnya melangsungkan pernikahan pada Ogos atau September tahun ini tetapi terpaksa ditangguhkan.

"Sepatutnya, kami melangsungkan pernikahan pada Ogos atau September ini tapi disebabkan PKP, majlis kami ditangguhkan pada satu tarikh yang belum ditentukan lagi.

"Cuma harapnya ia dapat dilangsungkan sebelum tahun hadapan.

"Lagipun, masih banyak perkara yang masih belum lengkap. Raja Afiq pun belum menghadiri kursus kahwin lagi," jelasnya.

Pada 2016 Soffwany pernah menjadi bualan netizen kerana menyanyikan lagu raya berjudul Pulang yang rata-rata kagum dengan bakat nyanyiannya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Soffwany Yusoff, Raja Afiq

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain