suria

Bella Astillah rimas ditegur pakai baju raya ‘oversized’ konon malu sedang hamil - “Wajib ke post tunjuk perut dengan baju ketat?”

Netizen pertikaikan baju raya Bella Astillah.

PERKONGSIAN foto pelakon dan penyanyi Bella Astillah bersama anaknya, Mohamad Ayden Adrean menggayakan baju raya berwarna biru di Instagram mendapat perhatian netizen.

Namun menurut Bella, 26, dia begitu terkesan dengan komen negatif yang mengatakan pemilihan baju besar atau oversized seperti digayakannya bertujuan untuk menutup perut yang semakin membesar.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah, Aliff Aziz bakal timang anak perempuan, umum di Instagram kerana PKP!

Menurut pemilik nama Dayang Nabellah Awang Astillah, dia tidak perlu berasa malu dengan keadaan perutnya kerana berita kehamilannya sudah diketahui umum.

Umum sudah mengetahui pasangan ini bakal menimang cahaya mata kedua pada Julai depan.

Malah, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz ini juga ada menyimpan gambar ketika sesi fotografi kehamilan (maternity shoot) dan akan berkongsi mengikut waktu yang bersesuaian.

"Baju raya Bella semua besar sebab mahu keselesaan... tapi ada akaun palsu beri komen cakap saya malu nak tunjuk perut. Astaghfirullahalazim... sampai beristighfar.

"Pertamanya saya rasa semua dah tahu saya hamil. Kedua, kalau hamil wajib ke post tunjuk perut dengan baju ketat. Boleh ke saya buat macam tu?

"Kena kecam tak? Ada saja gambar maternity shoot tapi masa itu Bella hormat bulan Ramadan tak sesuai untuk post dan sekarang raya macam tak sesuai juga," kata Bella.

Apa-apa pun, hidup ini kena sentiasa mendoakan orang lain sebab roda kehidupan berputar.

BELLA ASTILLAH

PELAKON DAN PENYANYI

Penyanyi lagu Tenang itu mendedahkan perkara tersebut menerusi ruangan Instastory selepas menerima pelbagai komen mengenai pemilihan pakaiannya di laman sosial.

Menerusi laporan mStar pada 26 April lalu, Bella mengesahkan dia dan Aliff sudah kembali rujuk sebagai suami isteri ketika mereka masih dalam edah dan turut akui dia sedang hamil anak kedua mereka.

Baru-baru ini, Bella dan suaminya turut berkongsi berita bahawa mereka bakal menimang cahaya mata perempuan pada Julai depan.

Bella dan Aliff berkongsi berita gembira bakal timang anak perempuan menerusi IG Live baru-baru ini.

Dalam pada itu, kakak kepada penyanyi Didi Astillah ini memohon agar netizen sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk orang lain supaya mendapat kebaikan yang sama.

"Apa-apa pun, hidup ini kena sentiasa mendoakan orang lain sebab roda kehidupan berputar. Apabila kita mendoakan kebaikan untuk orang, ada kebaikan untuk kita juga," ujarnya.

Bella dan Aliff bercerai pada 16 Mei tahun lalu selepas penyanyi kelahiran Singapura itu beberapa kali berlaku curang dengan selebriti wanita.

Pasangan itu berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Muhamad Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Bella Astillah, Aliff Aziz,

Artikel Berkaitan

Artikel Lain