suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggota Polis Wanita Nyanyi Lagu Raya Dapat Pujian

KEMERIAHAN sambutan Aidilfitri makin dirasai apabila netizen mula berkongsi persiapan raya di laman sosial masing-masing.

Selain memuat naik gambar kuih dan baju raya, rakaman nyanyian lagu-lagu raya malar segar kini menjadi trend pengguna media sosial.

Baru-baru ini rakaman nyanyian seorang anggota polis wanita Pusat Latihan Polis (Pulapol) mendendangkan sebuah lagu raya berjudul Pulanglah menjadi viral di Internet.

Video anggota berkenaan yang menggunakan nama Soffwany Yusoff (@Soffwany_yusoff) yang dimuat naik di Instagram mencetuskan 'kegilaan' netizen.

Hingga kini video lagu dendangan asal penyanyi Aishah yang dinyanyikan semula Soffwany telah ditonton hampir 19,000 kali.

"Cabaran prektis (practice) di bulan puasa. Lepas tarik satu lagu terus lapar. Prasan (perasan) x muka time nyanyi pun cemas je. Tapi sabar itu separuh dr (dari) iman. Cewahhh. #laguraya #pulanglahaishah #kombopdrm," demikian tulis Soffwany di Instagramnya.

Video berkenaan turut dikongsi oleh orang ramai yang mengagumi vokal wanita berkenaan.

Soffwany sendiri mempunyai lebih 15,000 pengikut di Instagram.

Hasil pemeriksaan di Facebook miliknya, Soffwany pernah mengikuti pengajian di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Soffwany Yusoff, Lagu Raya

Artikel Lain