suria

Tertunda dua bulan... akhirnya Joe Flizzow selamat jadi suami Marini Ramlan

Joe dan Marini selamat bergelar suami dan isteri pada Jumaat

PENYANYI rap Joe Flizzow selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya, Marini Ramlan pada Jumaat.

Berita gembira itu dikongsi oleh adik kepada Marini, Didi Ramlan menerusi laman Instagram.

"Vibes perkahwinan Covid. Saya sudah menganggap dia sebagai abang saya sebelum ini tapi apa-apa pun selamat datang sebagai ahli keluarga kami Joe Flizzow!.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Joe Flizzow, Marini selamat bertunang, dijangka kahwin April depan

"Nini... anda adalah pengantin paling cantik saya pernah lihat. Semoga anda berdua dirahmati dengan penuh rasa cinta. Saya sayang anda berdua!," tulisnya.

Perkongsian Didi di Instagram.

Bersama kapsyen tersebut, Didi turut berkongsi foto pasangan pengantin yang cantik dan segak mengenakan pakaian tradisional.

Berdasarkan foto yang dikongsi dapat dilihat majlis tersebut berlangsung dalam suasana penuh sederhana.

Ia berikutan negara kita masih terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Malah, rakan-rakan terdekat turut meraikan pengantin secara dalam talian menggunakan panggilan video.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 28 Disember 2019.

Sebelum ini menerusi laporan sebuah portal, ibu kepada Joe iaitu Aishah Ali memaklumkan majlis perkahwinan anaknya itu sepatutnya berlangsung pada April lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Joe Flizzow, Marini Ramlan

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Gempar bayi perempuan lahir ada ekor berbulu