suria

Imej lembaga putih dalam video IG Shiha Zikir - “Mengerikan! PA sampai meracau, suara dia bertukar garau”

PENYANYI Shiha Zikir meluahkan rasa kecewa dan pelik apabila mengetahui jumlah tontonan video muzik lagu terbaharunya berjudul AEWO featuring Noki berkurangan selepas seminggu dimuat naik di YouTube.

Menurut Shiha, dia masih belum mengetahui punca masalah ini berlaku, namun tidak menolak berkemungkinan daripada rasa kurang senang segelintir pihak mengenai jalan cerita dalam video tersebut.

“Sedihlah... daripada 400,000 tontonan sekarang jadi 200,000 lebih sahaja... tak tahu sebab apa! Sepatutnya jumlah tontonan bertambah, ni makin berkurang pula.

“Mungkin ada pihak yang rasa kurang senang dengan MV tersebut. Jangan kecam dulu, sebenarnya ada mesej yang kita sampaikan... ia bukan berkaitan iluminati atau pemujaan, ” katanya.

Dalam pada itu, Shiha turut berkongsi cerita misteri yang dilalui semasa penggambaran filem Hantu Bonceng 2 di Bukit Fraser pada Rabu.

Cerita Shiha, pembantu peribadinya turut dirasuk! Tonton video penuh temubual yang disediakan mStar.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi