Atiq Azman makin berani ‘upload’ video mesra dengan lelaki - “Minta maaf, saya hanya berlatih berlakon”

PELAKON Atiq Azman tampil memohon maaf kepada peminatnya berikutan beberapa video memaparkan babak mesra bersama lelaki yang dimuat naik di Instagram.

Atiq atau nama sebenar Raja Muhammad Atiqullah Shah, 20, turut menafikan dia mempromosi gejala homoseksual kerana tujuan utamanya adalah sekadar suka-suka dan berlatih seni lakonan bersama kawan-kawannya.

“Saya nak minta maaf kalau ada yang terasa dengan video tersebut.

“Saya tidak support LGBT, saya suka perempuan... untuk support LGBT adalah no!” ujarnya kepada mStar.

Tambah Atiq, idea untuk menerbitkan video berkenaan adalah hasil perbincangan bersama rakan-rakannya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Semua
Hiburan
Berita
Variasi