Bukan lagi artis Faizal Tahir, Hanie Soraya yakin tiada 'favoritism' dalam Big Stage 2020 - “Peserta lain pun hebat!”

PERNAH menjadi anak didik kepada penyanyi Faizal Tahir, peserta Big Stage 2020 iaitu Hanie Soraya percaya Faizal selaku juri tetap tidak akan berat sebelah dalam mengadili persembahannya sepanjang program itu berlangsung.

Menurut Hanie, Faizal seorang penyanyi yang komited dan serius mengenai muzik serta akan telus dalam menilai sesuatu persembahan.

Tambahan pula, pertandingan menampilkan penyanyi baharu atau diberi jolokan BBNU ini menampilkan ramai peserta berbakat dan hebat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Itu markah profesional daripada saya!” - Ajai tak anggap komen bersifat jahat, hanya mahu didik 'BBNU'

Dalam konsert pertama yang berlangsung pada malam Ahad lalu, Hanie yang mempersembahkan lagu Hujung Dunia menerima markah sebanyak 74 peratus daripada Faizal Tahir, manakala Ajai serta Dayang Nurfaizah memberikan markah sebanyak 58 peratus dan 53 peratus.

Semua
Hiburan
Berita
Variasi