suria

“Itu markah profesional daripada saya!” - Ajai tak anggap komen bersifat jahat, hanya mahu didik 'BBNU'

Ajai jujur dalam memberikan penilaian kerana mahu mendidik peserta Big Stage 2020.

GARA-GARA hanya memberikan markah dua kepada penyanyi Hafiz Zainal, juri tetap program Big Stage 2020 iaitu Ajai menerima kecaman hebat netizen di laman sosial.

Mengakui jujur dalam menilai setiap persembahan peserta, Ajai berkata tindakannya itu adalah untuk mendidik setiap penyanyi dan memperbetulkan kesilapan yang dilakukan oleh mereka.

"Itu markah profesional daripada saya, tak ada dalam dunia orang bagi point kalau salah key... saya hanya kongsi, kalau benda tu palsu takkan saya nak kena cakap bohong.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya beri 2 markah, minta pengsan sebab nyanyian sumbang, komen 'pedih' Ajai di Big Stage 2020 keterlaluan!

"Semuanya sumbang, saya tak mahu hipokrit sebab orang bayar saya untuk beritahu apa yang perlu diperbetulkan, anggap sahaja ia benda positif untuk diperbaiki.

"Kalau ikutkan saya tak nak bagi point pun sebab tak pass tapi saya kena bagi satu markah pada vokal dan kreativiti... tak boleh tinggal kosong!," katanya.



Ajai beri hanya memberikan dua markah sahaja kepada Hafiz.

Ajai menjelaskan mengenai pemberian markah tersebut selepas berakhirnya konsert minggu pertama Big Stage 2020 pada malam Ahad.

Nama komposer itu menjadi trending di Twitter gara-gara komen ‘pedih’ dan keterlaluan kerana mengkritik seorang peserta Dr Hafiz Zainal yang dikatakan menyanyi sumbang dan hanya memberikan markah 2 daripada 100 markah sepatutnya.

Semasa memberikan komen, Hafiz yang menyampaikan lagu Fly Me To The Moon diminta untuk tidak meneruskan nyanyian sumbangnya dan lebih baik diam atau buat-buat pengsan.

Biar generasi baharu ini lihat penonton mereka di laman sosial setanding banyak dengan pengetahuan mereka! Saya tak mahu views tinggi berpuluh juta tapi menyanyi 'hado'.

AJAI

JURI TETAP BIG STAGE 2020

Pada persembahan itu, dua juri tetap lain iaitu Dayang Nurfaezah memberikan sebanyak 54 markah daripada Dayang Nurfaizah dan 78 markah daripada Faizal Tahir yang meletakkan Hafiz Zainal di kedudukan ketiga terbawah.

Sementara itu, Ajai berkata dia bukanlah seorang juri yang kejam, namun dalam hal ini dia mahu berkongsi dengan pelapis baharu supaya serius terhadap bidang nyanyian yang mereka ceburi.

"Saya tak anggap saya jahat, sampai bila nak bagi point tapi benda tu tak baik... macam saya cakap biar generasi baharu ini lihat penonton mereka di laman sosial setanding banyak dengan pengetahuan mereka! Saya tak mahu views tinggi berpuluh juta tapi menyanyi 'hado'.



Ajai dikecam netizen di laman Twitter.

"Dia (Hafiz) kena kuat mental dan fizikal... pada yang hentam saya, tak perlu sebab education itu hanya saya tahu. Walaupun nampak ini hiburan tapi pendidikan nak bagi orang dengar cara menyanyi yang tepat dan betul.

"Itu yang kita nak ajar... tak ada orang berani sebab takut populariti jatuh tapi saya nak mengajar, suka atau tidak ilmu itu saya tahu. Saya nak bantu artis yang awak suka ini untuk jadi orang yang betul!," ujarnya.

Selain Hafiz, 11 peserta turut bertanding dalam program itu ialah Ucop, Azzam Sham, Yamani Abdillah, Sandra Dianne, Nana Sheme, Amir Hasan, Fadh Majid, Farisha Iris, Hanie Soraya, Qody dan Dinie Rashid.

Program Big Stage 2020 yang mengangkat ‘Budak Budak Baru Nak Up’ (BBNU) ini bersiaran secara langsung setiap Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ajai, Hafiz Zainal, big stage 2020

Artikel Lain