suria

Dapat 2 markah, doktor gigi Hafiz Zainal terima komen ‘pedih’ Ajai dengan hati terbuka - “Dia juri, saya tak layak persoalkan apa dia cakap”

Hafiz Zainal (kanan) menjadikan komen Ajai sebagai pembakar semangat untuk memperbaiki diri.

SUSULAN kontroversi menerima dua markah dan komen ‘pedih’ daripada komposer Ajai, peserta Big Stage musim ketiga Dr Hafiz Zainal mengaku terkilan dengan insiden yang berlaku.

Bagaimanapun, Hafiz yang merupakan seorang doktor pergigian berkata, dia tidak mahu mempersoalkan kredibiliti Ajai sebagai seorang juri yang berpengalaman dalam industri muzik.

ARTIKEL BERKAITAN: “Itu markah profesional daripada saya!” - Ajai tak anggap komen bersifat jahat, hanya mahu didik 'BBNU'

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya beri 2 markah, minta pengsan sebab nyanyian sumbang, komen 'pedih' Ajai di Big Stage 2020 keterlaluan!

Malah, Hafiz atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Zainal, 27, menganggap apa yang berlaku itu sebagai satu pengajaran untuk dia memperbaiki diri.

"Sebagai manusia biasa mestilah saya rasa down, sedih dan terkilan. Tapi saya tak layak untuk mempersoalkan apa yang dia cakap sebab dia duduk di kerusi juri tu pun ada sebabnya.



Markah yang diberikan juri tetap kepada Hafiz.

"Jadi, saya tak mempersoalkan dan terima saja dan jadikannya sebagai satu sumber semangat. Saya tak nak jadikannya sebagai satu perkara negatif sebab kalau saya anggap ia negatif, ia akan jadi negatif.

“Saya harap saya dapat jadikannya sebagai pengajaran dan sesuatu yang positif," katanya kepada mStar.

Sebelum itu, nama Ajai menjadi trending di Twitter gara-gara komen yang dianggap keterlaluan apabila mengkritik nyanyian Hafiz sebagai sumbang dan hanya memberikan 2 daripada 100 markah.

Hafiz yang menyampaikan lagu Fly Me To The Moon diminta untuk tidak meneruskan nyanyian sumbangnya dan lebih baik diam atau buat-buat pengsan.

Saya lebih sedih dan terkilan sebab diri saya sendiri tak dapat buat yang terbaik.

HAFIZ ZAINAL

PESERTA BIG STAGE 2020

Dalam pada itu, Hafiz berkata, dia lebih berasa terkilan dan kecewa dengan diri sendiri kerana tidak dapat memberikan persembahan yang terbaik malah mengecewakan orang sekeliling yang meletakkan harapan yang tinggi terhadapnya.

Namun, Hafiz berkata dia menerima apa yang berlaku itu dengan hati yang terbuka.

"Saya lebih sedih dan terkilan sebab diri saya sendiri tak dapat buat yang terbaik. Saya dah kecewakan orang yang dah sokong saya iaitu keluarga dan kawan-kawan.

"Saya lebih terkilan bab itu sebab mereka dah meletakkan harapan yang tinggi pada saya.



Antara komen netizen di Twitter yang tidak menyenangi keputusan Ajai.

"Tapi komen yang diberikan semalam, saya terima dengan hati yang terbuka demi memperbaiki bakat dan kemahiran saya," ujarnya.

Ajai menerusi laporan mStar pada Isnin, mengakui jujur dalam menilai setiap persembahan peserta dan tindakannya itu adalah untuk mendidik setiap penyanyi.

Selain Hafiz, 11 peserta turut bertanding dalam program itu ialah Ucop, Azzam Sham, Yamani Abdillah, Sandra Dianne, Nana Sheme, Amir Hasan, Fadh Majid, Farisha Iris, Hanie Soraya, Qody dan Dini Rashid.

Program Big Stage 2020 yang mengangkat 'Budak Baru Nak Up' (BBNU) ini bersiaran secara langsung setiap Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Hafiz Zainal, Ajai, Big Stage 2020

Artikel Berkaitan

Artikel Lain