suria

Hanya beri 2 markah, minta pengsan sebab nyanyian sumbang, komen 'pedih' Ajai di Big Stage 2020 keterlaluan!

Ajai dikritik memberi hanya 2 markah kepada Hafiz Zainal.

MINGGU pertama program realiti Big Stage 2020 mendapat perhatian apabila komposer terkenal iaitu Ajai selaku juri tetap program itu menjadi trending di Twitter gara-gara komen ‘pedih’ dan keterlaluan.

Ajai mengkritik seorang peserta Dr Hafiz Zainal yang dikatakan menyanyi sumbang dan hanya memberikan markah 2 daripada 100 markah sepatutnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada peserta luar negara, Usop, Qody dan Nana Sheme antara 12 'BBNU' bakal berentap di Big Stage 2020

Selain itu, Hafiz yang menyampaikan lagu Fly Me To The Moon itu diminta untuk tidak meneruskan nyanyian sumbangnya dan lebih baik diam atau buat-buat pengsan.



Rata-rata netizen berasa kurang senang dengan komen Ajai terhadap Hafiz.

“Awak nyanyi saya tak perlu bagi apa-apa points, I’m sorry for that. Sebab dari mula sampai akhir, sumbang! Awak salah rumah. Saya nak tanya peribadi, awak tahu tak yang awak sumbang?

“Make sure bila sumbang tu jangan sambung balik key yang tu. Biar awak diam pun tak apa. Sampai awak dapat the right key. Lagi nampak awak cantik atau pun awak pengsan lagi best” komen Ajai.

Pada persembahan itu, dua juri tetap lain iaitu Dayang Nurfaezah memberikan sebanyak 54 markah daripada Dayang Nurfaizah dan 78 markah daripada Faizal Tahir yang meletakkan Hafiz Zainal di kedudukan ketiga terbawah.

Biar awak diam pun tak apa, awak pengsan lagi best!

AJAI

KOMPOSER/JURI TETAP BIG STAGE 2020

Hafiz terselamat berikutan tiada sebarang penyingkiran pada minggu pertama program tersebut.

Rata-rata netizen di laman sosial Twitter meluahkan rasa kurang senang dengan komen Ajai yang dianggap sebagai hanya menjatuhkan semangat peserta itu.

Malah netizen turut membuat tanda pagar #removeajaiasjury (buang Ajai sebagai juri) sebagai tanda protes.

Selain Hafiz, 11 peserta turut bertanding dalam program itu ialah Ucop, Azzam Sham, Yamani Abdillah, Sandra Dianne, Nana Sheme, Amir Hasan. Fadh Majid, Farisha Iris, Hanie Soraya dan Qody Rany dan Dinie Rashid.

Program Big Stage 2020 yang mengangkat ‘Budak Budak Baru Nak Up’ (BBNU) ini bersiaran secara langsung setiap Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain