suria

Sering bertanya khabar cara Riz Amin dapatkan 'job' - “Kerja kita macam meniaga... kalau malu rugi!”

Riz sentiasa hubungi kenalan penerbit dan pengarah demi peluang kerja.

SESEORANG yang ingin meneruskan kerjaya sebagai pelakon seharusnya tidak boleh hanya menunggu sesuatu tawaran datang bergolek tanpa sebarang usaha dan kerja keras.

Menurut Riz atau nama sebenarnya Norizam Amin Nordin, 35, selebriti itu sendiri perlu membuang perasaan malu untuk menghubungi pengarah atau penerbit yang rapat bagi bertanya peluang kerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Riz Amin malas layan cerita foto 'panas', biar netizen nilai sendiri... “Kasihan isteri dan anak-anak terkesan”

"Macam saya biasanya akan call orang yang saya rapat. Bukanlah yang pertama kali bekerjasama kemudian hilang dan tiba-tiba call nak cakap fasal job.

Kadang-kadang orang terlupa, kita la kena ingatkan orang itu supaya ingat kita.

RIZ AMIN

PELAKON

"Saya sentiasa hubungi penerbit atau pengarah yang dekat dan banyak memberi peluang kepada saya. Sebenarnya dalam hidup kita kalau malu akan rugi.

"Kalau salah pun, tak apa... sebab kita boleh belajar daripada kesilapan itu. Orang berniaga pun kena rajin dan kena tak malu, begitu juga dengan pelakon," kata Riz kepada mStar.

Dalam pada itu, pelakon filem Polis Evo 2 ini memberitahu dia tidak hanya menghubungi kenalan rapat semata-mata untuk bercakap mengenai kerja namun turut ingin bertanyakan khabar.

Riz menganggap saling hubungi satu sama lain dapat eratkan silaturahim.

Pelakon drama Seindah Tujuh Warna Pelangi ini menganggap saling berhubung dengan rakan dalam industri juga dapat mengeratkan silaturahim.

"Kadang-kadang orang terlupa, kita la kena ingatkan orang itu supaya ingat kita. Tak semestinya kita hubungi penerbit atau pengarah semata-mata untuk minta job.

"Tapi untuk bertanya khabar dan bagi saya benda itu pun bagus sebab dapat mengeratkan silaturahim," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Riz Amin, pelakon, hiburan, sensasi,

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Covid-19: 70 kilang diarah tutup