Wafariena akui pernah digoda suami orang, perangai sebenar jauh berbeza dengan 'Nurul Ain' - “Nak rampas suami orang itu, memang tidak!”

Wafa dikecam gara-gara watak Nurul Ain yang ingin merampas kebahagian Mia (lakonan Siti Saleha).

WATAK sebagai Nurul Ain yang ingin merampas suami kepada Mia Adriana (Siti Saleha) iaitu Kuzairi lakonan Shukri Yahaya menerusi drama 7 Hari Mencintaku 2 membuatkan pelakon Wafariena dikecam teruk oleh netizen di laman sosial.

Bagaimanapun Wafariena atau lebih mesra disapa Wafa, 25, berkata karakter sebenarnya sangat berbeza dengan watak Nurul Ain dalam drama tersebut dan dia tidak pernah terfikir untuk merampas suami orang.

ARTIKEL BERKAITAN: Video muzik penuh komen lucah, Wafariena tak patah semangat - “Kritikan seperti itu tidak akan jadi penghalang untuk saya!”

Pemilik nama Wafariena Roslan mengakui pernah diganggu lelaki berstatus suami orang namun dia tidak pernah melayan godaan tersebut.



Wafa pernah diganggu suami orang sebelum jadi pelakon.

"Wafariena dan Nurul Ain adalah orang yang sangat berbeza. Memang karakter kami tidak sama pun dan banyak perbezaan. Nak rampas suami orang itu, memang tidak la. Kalau orang tak kenal saya, mesti akan fikir saya sombong.

"Tapi kalau dah kenal, memang saya suka mengusik orang dan gemar bercakap. Tak kenal kata kita pendiam, dah kenal dia suruh kita duduk diam.

"Sebenarnya sebelum saya dikenali, ada saja suami orang yang menganggu saya. Tapi memang saya tak layan langsung. Saya pula memang jenis keluar bersama keluarga, jadi orang takut nak kacau," kata Wafa kepada mStar.

Sedangkan saya memang tak pakai tudung pun tapi untuk watak Nurul Ain sahaja saya pakai.

WAFARIENA

PELAKON, PENYANYI

Menerusi drama yang mengisi slot Akasia itu, watak Nurul Ain diwujudkan sebagai perosak rumah tangga Mia, lakonan Siti Saleha dan Khuzairi (Shukri Yahaya).

Lakonan tersebut berjaya membuatkan penonton berang dan tidak puas hati dengan Nurul Ain sehinggakan ada yang memanggilnya dengan perkataan tidak baik serta diugut simbah asid.

Dalam pada itu, Wafa yang juga seorang penyanyi ini juga mengakui ada segelintir netizen menyangka dirinya membuka tudung sedangkan pemakaian hijab itu hanya untuk watak dalam drama tersebut.

Wafa sememangnya tidak bertudung.

"Sehingga kini masih ada lagi yang kecam saya di DM dan komen di Instagram saya tapi saya biarkan sahaja. Tapi ada yang kecam dan marah kenapa saya buka tudung selepas dikenali.

"Sedangkan saya memang tak pakai tudung pun tapi untuk watak Nurul Ain sahaja saya pakai. Tapi orang yang baru nak follow saya memang tak tahu yang saya sememangnya tidak bertudung," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain