Riz Amin malas layan cerita foto 'panas', biar netizen nilai sendiri... “Kasihan isteri dan anak-anak terkesan” - Sensasi | mStar

Riz Amin malas layan cerita foto 'panas', biar netizen nilai sendiri... “Kasihan isteri dan anak-anak terkesan”

Riz mahu netizen nilai sendiri.

PELAKON Riz Amin enggan mengulas lanjut berhubung video lucah yang menampakkan seorang lelaki mirip dirinya sedang memegang alat sulit tersebar di laman sosial pada Mei lalu.

Menurut Riz, dia menyerahkan kepada netizen untuk menilai sendiri siapakah individu sebenar di dalam video pendek itu.

“Saya sebenarnya malas nak cakap fasal video itu, benda tak ada-apa cuma orang Malaysia memang suka tengok perkara tak senonoh.

ARTIKEL BERKAITAN: “Itu bukan saya!” - PU Riz diugut sebelum foto pegang 'burung' miripnya tersebar, sudah buat laporan polis

ARTIKEL BERKAITAN: Aiman Tino membisu... Video panas terus jadi perdebatan

“Jadi saya biar netizen sendiri yang nilaikan video itu. Yang tengok tu adalah mereka, jadi lebih baik saya biarkan mereka menilai sendiri,” katanya kepada mStar.

Riz kesihan isteri dan anak-anak terkesan dengan kontroversi melibatkan dirinya.

Riz ditemui pada majlis rumah terbuka A. Aida Productions di Wisma Rampai, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, Riz berkata video tersebut tidak memberikan apa-apa kesan kepada kerjaya sebaliknya menganggap ia sebagai dugaan yang sering dihadapi oleh selebriti.

“Perkara itu tidak menjejaskan pun dan saya tak ambil berat berkenaan video tersebut.

“Mungkin ada orang lain buat juga tapi hanya sebab selebriti maka benda itu tersebar sama seperti artis-artis lain yang pernah kena sebelum ini,” katanya.

Bagaimanapun, Riz turut meluahkan rasa bimbang kontroversi melibatkan dirinya memberi kesan terhadap isteri dan anak-anak.

“Saya nak pesan pada netizen benda ni bukan pada selebriti sahaja malah pada orang luar juga, jangan salah guna media sosial.

“Kalau anda gunakan untuk kepentingan diri sendiri ia akan membawa bahaya. Zaman sekarang teknologi semakin hebat, macam-macam mereka boleh buat.

"Saya tak nak ada masalah cuma tak mahu kesan itu pada anak-anak saya, kasihanlah kepada isteri dan anak-anak saya,” katanya.

Terdahulu, sebuah video berdurasi 35 saat tersebar di laman Twitter memaparkan seorang lelaki didakwa miripnya sedang memegang alat sulit.

Riz Amin

Artikel Lain