suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shima mahu kembali aktif menyanyi, dedah kurang tawaran kerja… Ramai tak perasan imej baharu

PENYANYI Shima memberitahu dia kini sudah tidak lagi meniaga makanan sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada bidang seni suara.

Meskipun sudah kembali aktif menyanyi, namun Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamaruzzaman, 57, berkata sehingga kini tawaran masih kurang lebih-lebih lagi selepas tidak lagi berhijab.

Ini kerana masih ramai yang beranggapan Shima masih belum mempunyai kekuatan untuk menyanyi memandangkan pernah mengalami 'slipped disc'. 

“Selepas buat perubahan pada imej dan aktif menyanyi di TikTok, saya masih kurang dapat tawaran menyanyi. Mungkin kerana pihak penganjur ingat saya masih sakit.

“Ramai yang masih takut dan ingatkan saya tidak boleh menyanyi.  Penyakit saya ini tiada kena mengena dengan suara,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi