suria

“Kalau tiada drama, orang tak tengok!” - Black faham sangat ‘modal’ program realiti, juri pun tak boleh takut nak komen

PENYANYI Black meminta penonton tidak mempertikaikan kredibiliti seseorang juri yang dilantik menilai peserta dalam sesebuah program nyanyian.

Menurut Black, juri yang dipilih itu memiliki kelayakan dalam bidang berkenaan dan sebarang komen yang diberi berlandaskan prestasi peserta.

“Setiap pertandingan juri yang dipilih memang profesional, stesen televisyen pastinya sudah menilai kredibiliti masing-masing... tak perlu kita nak pertikaikan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Itu markah profesional daripada saya!” - Ajai tak anggap komen bersifat jahat, hanya mahu didik 'BBNU'

“Sebenarnya juri dan peserta dah macam satu keluarga... kita faham situasi itu, cuma mungkin orang luar tak faham! Untuk peserta pula, kalau diberi markah rendah jangan putus asa, sebaliknya jadikan ia pembakar semangat.

“Kita pun faham sesebuah program perlu sedikit eleman drama untuk panaskan rancangan mereka... ia membuatkan saya lebih berminat untuk menonton selepas ini, ” katanya.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Black, Big stage 2020, ajai, juri


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi