“Isteri gemuk sikit je terus orang kata nak dapat anak!” - Sufi Rashid dah bosan ditanya tentang zuriat

HAMPIR setahun mendirikan rumah, penyanyi Sufi Rashid memberitahu dia dan isteri masih lagi berusaha untuk mendapatkan cahaya mata.

Menurut Sufi, 29, selain soal rezeki, dia turut merancang untuk menimang cahaya mata kerana beberapa faktor tertentu.

“Rezeki anak belum lagi, kalau dah ada saya akan kongsikan kepada semua berita baik ini.

“Kita serahkan kepada rezeki dan pada masa yang sama kita planning juga, pelbagai faktor harus dilihat antaranya kewangan, ” ujarnya kepada mStar.

Sufi mendirikan rumah tangga bersama Nurulain Md Yusof pada 21 September 2019 di Putrajaya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Semua
Hiburan
Berita
Variasi