Ropie ‘flashback’ zaman sebelum jadi artis, pernah jual minyak wangi - “Saya dulu pendiam, tapi teringin masuk TV!”

HAMPIR 25 tahun bergelar anak seni, pelawak Ropie mengakui perjalanan kariernya agak mencabar terutama ketika di awal kemunculan.

Menurut Ropie, dia pernah berkerja dalam pelbagai bidang sebelum menjadi seorang selebriti.

“Alhamdulillah... rezeki diusia tua, saya memang bercita-cita nak jadi pelawak sejak muda lagi. Jadi pelawak ini susah sebenarnya kerana memerlukan jiwa, saya dulu pendiam tapi apabila dah bergaul sedikit sebanyak mematangkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ilya, Ropie dan Ajak mohon maaf secara terbuka - “Ia jadi pengajaran buat kami”

“Saya dulu pernah kerja kilang... kilang aircond dan kilang tayar, kemudian jadi promoter minyak wangi! Bukan itu saja, pernah juga pernah jadi jurulatih sukan air. Apa sahaja yang boleh mendatangkan duit, saya buat sebab kelulusan pun tak ada.

“Saya rasa zaman saya dulu susah nak naik sebab tak ada media sosial, memang berbeza dengan sekarang ini!, ” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi