“Masa umur 20 tahun saya gila kerja, 90 peratus waktu di pejabat” - Lama menyepi, Rafiena bayar balik 'hutang' dengan keluarga

PENERBIT Datuk Rafiena Ezanee memberitahu banyak terlepas momen indah bersama anak-anaknya sewaktu mereka kecil berikutan sibuk dalam urusan perniagaan.

Rafiena, 37, berkata, dia mengambil peluang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) untuk menghabiskan masa bersama anak-anak dan keluarganya.

“Dulu masa umur 20 lebih saya gila kerja, 80-90 peratus waktu saya adalah di pejabat dan sekarang saya ingin bayar balik momen bersama anak-anak.

“Sekarang umur dah 37, rasa nak lebih dekat dengan anak, sekarang 40 peratus kerja dan 60 peratus waktu untuk keluarga, ” ujarnya kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Semua
Hiburan
Berita
Variasi