suria

“Saya nak berada dalam sebuah sejarah” - Kontroversi bantuan tak halang Black terlibat dalam filem 'Frontliner'

PENYANYI Black menerima tawaran untuk berlakon dalam filem Frontliner bukan untuk menjelaskan kontroversi yang melanda dirinya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Black atau nama sebenar Hanifah Md Hanafiah, 33, berkata dia mahu terlibat dalam sebuah filem yang bakal dikenang untuk negara ini.

“Saya nak berada dalam sebuah sejarah, pandemik melanda satu dunia dan Malaysia ada ceritanya malah saya salah seorang terpaut sekali.

“Realitinya orang sebut-sebut nama saya ketika PKP, itu membuatkan saya menerima dan patut berada dalam filem ini, ” katanya kepada mStar.

Black sebelum ini dihimpit kontroversi selepas menyuarakan isu bantuan untuk golongan pekerja seni yang terjejas ketika tempoh PKP.

Filem Frontliners akan disiarkan pada Oktober depan di saluran Astro First.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi