suria

Aiman Hakim Ridza tak sabar menanti tahun 2024, umum Zahirah MacWilson hamil anak kedua

Aiman dan Zahirah bakal menimang cahaya mata kedua.

PASANGAN pelakon Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson bakal menimang cahaya mata kedua pada tahun depan.

Berita gembira itu didedahkan Aiman, 34, menerusi Instagram miliknya pada malam Ahad.

Aiman berkata, dia bersyukur dan tidak sabar menanti kedatangan tahun 2024 bagi menyambut kelahiran anak kedua mereka.

Aiman 1

Hasil pemeriksaan yang dibuat, Zahirah disahkan mengandung.

"2023 hampir ke penghujung. Tidak sabar untuk 2024. Jumpa awak nanti anak kedua. Syukur Alhamdulillah," katanya.

Menerusi hantaran sama, Aiman turut berkongsi gambar janin selepas Zahirah melakukan pemeriksaan ultra bunyi.

Bagaimanapun Aiman tidak memaklumkan tempoh kandungan dan juga jantina anak keduanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bawa maksud baik dalam Islam, Ikmal Amry pilih nama Gibran untuk anak kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Ardell Aryana selamat bersalin anak kedua

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan turut menantikan cahaya mata kedua pasangan itu.

"Wah tahniah... Tak sabarnya nak tunggu baby lahir.

"Isaac akan dapat adiklah! Tahniah...

Aiman 2

Aiman dan Zahirah kini mempunyai seorang cahaya mata.

"OMG, tahniah. Tak sabarnya," komen peminat.

Untuk rekod, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berumur dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain