suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ardell Aryana selamat bersalin anak kedua

Ardell dan Nadzmi timang anak kedua dalam diam.

PELAKON Ardell Aryana selamat melahirkan anak kedua secara normal di Pusat Perubatan Anddora, Seri Kembangan, Selangor pada pagi Selasa.

Berita gembira itu dikongsikan oleh suaminya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 31, menerusi laman Instagram miliknya yang memaparkan keadaan isterinya di katil hospital.

Berkongsi lebih lanjut, Nadzmi memberitahu Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 33, selamat melahirkan anak mereka secara normal dan kedua-duanya dalam keadaan baik.

Ardell

Ardell selamat lahirkan anak kedua.

"Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak kedua kami secara normal pada 25 Julai jam 12.58 awal pagi tadi.

"Terima kasih doa yang baik-baik semua. Syukur Alhamdulillah kedua-dua ibu dan anak sihat," kongsinya.

Bagaimanapun jantina anak kedua pasangan selebriti itu masih lagi dirahsiakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Untungnya Ardell Aryana! Umur masuk ‘3 series’, Nadzmi Adhwa hadiahkan kereta Alphard

ARTIKEL BERKAITAN: Nadzmi Adhwa bergelar bapa, Ardell selamat bersalin selepas 16 jam menahan sakit - “Tak tahu macam mana nak cakap perasaan itu!”

Sementara itu, ruangan komen perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah buat pasangan berkenaan.

Untuk rekod, Ardell dan Nadzmi mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019.

Pasangan ini memiliki seorang cahaya mata iaitu Arwa Malaikha Urwa yang dilahirkan pada 5 Jun 2020.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia