suria

Pulau dapat kutipan RM700,000 di Kemboja, penerbit rancang buat sekual libat pelakon Asia Tenggara

Pulau berjaya mencatat kutipan tinggi di Kemboja.

SELEPAS dilanda pelbagai kontroversi, filem Pulau mendapat perhatian penonton di Kemboja sehingga berjaya mendapat kutipan RM700,000 sejak ditayangkan pada 22 Jun lalu.

Penerbitnya Fred Chong berkata, dia berpuas hati dengan kejayaan filem tersebut di negara berkenaan dan ia bukti filem tempatan mampu berdiri setanding filem antarabangsa.

"Kami sangat gembira kerana Pulau berjaya menarik perhatian luar biasa penonton di Kemboja.

pulau1 - 1

Fred berkongsi berita gembira pada sidang media.

"Bersama rakan pengedar My Way Pictures dan Filmforce Studio, kami juga bangga dapat menjadi sebahagian daripada pasukan pembikinan filem tersebut," katanya kepada mStar.

Fred berkongsi perkara itu pada sidang media kejayaan Pulau di Kemboja pada petang Isnin.

Susulan kejayaan itu, Fred memberitahu Pulau kini adalah karya Malaysia pertama dengan kutipan tertinggi di Kemboja.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Pulau' terpaksa potong 10 babak, sasar kutipan RM7 juta... Penerbit berharap dapat masuk panggung Terengganu

ARTIKEL BERKAITAN: Penerbit jawab dakwaan adegan lucah dalam 'Pulau', mahu promosi keindahan pantai dan masyarakat majmuk Malaysia

Tidak hanya itu, Pulau juga memegang rekod kutipan hari pertama, hujung minggu pertama sehingga ketiga bagi filem Malaysia di negara tersebut.

"Ia juga merupakan filem genre seram ketiga secara keseluruhan untuk Westec Media pada 2023.

"Pulau juga ditayangkan tanpa sebarang babak dipotong," ujarnya.

Kami sangat gembira kerana Pulau berjaya menarik perhatian luar biasa penonton di Kemboja.

FRED CHONG

PENERBIT

Sementara itu, Fred berkata, Pulau juga dipilih untuk ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Kemboja 2023 tidak lama lagi.

Kejayaan filem tersebut kata Fred membuatkan pihaknya merancang untuk menerbitkan sekual melibatkan sesi uji bakat pelakon Asia Tenggara.

Jelas Fred, filem berkenaan tidak memfokuskan kepada penonton Malaysia sebaliknya kepada negara luar.

"Kami merancang nak adakan sesi bakat di luar negara dan mungkin penggambaran akan dilakukan di Indonesia kerana di sana miliki pulau yang cantik.

"Tapi semuanya bergantung kepada skrip yang akan ditulis nanti," ujarnya.

Sebelum ini, filem Pulau menjadi bualan ramai kerana memperlihatkan beberapa adegan yang tidak sesuai untuk ditonton umum.

pulau2 - 1

Bersama barisan pelakon dan tenaga kerja filem Pulau.

Malah filem tersebut juga telah disekat untuk ditayangkan di Terengganu.

Untuk rekod, filem Pulau berjaya mendapat kutipan sebanyak RM3.4 juta di Malaysia.

Pulau menampilkan barisan pelakon popular termasuk Alif Satar, Amelia Henderson, Ikmal Amry, Sanjna Suri, Joey Leong, Harris Annuar, JAzmy JUma, Mark O'Dea, Sabronzo, Evie Feroza, Cedric Loo, Pui Yi dan Vikar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain