suria

Untungnya Ardell Aryana! Umur masuk ‘3 series’, Nadzmi Adhwa hadiahkan kereta Alphard

Nadzmi Adhwa berjaya membuat kejutan untuk isterinya, Ardell Aryana.

DEMI menunjukkan rasa penghargaan di atas pengorbanan isteri, pelakon Nadzmi Adhwa membuat kejutan dengan menghadiahkan aktres Ardell Aryana sebuah kenderaan serba guna, Toyota Alphard.

Menurut Nadzmi atau nama sebenarnya, Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 29, dia sengaja memberikan hadiah itu 10 hari lebih awal daripada tarikh ulang tahun kelahiran Ardell kerana enggan isterinya menghidu kejutan yang ingin dilakukannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nadzmi Adhwa bergelar bapa, Ardell selamat bersalin selepas 16 jam menahan sakit - “Tak tahu macam mana nak cakap perasaan itu!”

"Kali pertama berjaya buat kejutan pada dia (Ardell), Alhamdulillah.

"Dia tak pernah sekalipun minta apa-apa dari saya selama ini. Susah senang saya, dia selalu ada dengan saya.

Toyota Alphard ini kini menjadi milik Ardel.

"Terima kasih sebab menjadi isteri saya, pembakar semangat saya, pengingat saya, kekuatan saya dan orang yang paling bersabar dengan sikap saya, saya akan sentiasa menyayangi awak," kata Nadzmi di Instagram.

Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin genap berusia 30 tahun pada 13 April ini.

Dia tak pernah sekalipun minta apa-apa dari saya selama ini. Susah senang saya, dia selalu ada dengan saya.

NADZMI ADHWA

PELAKON

"Maaf sambut birthday awak awal gila sebab selalunya mesti kantoi kalau saya buat waktu birthday awak 13 April.

"Ini kali pertama saya tak kantoi jadi kira saya dah setapak ke depan lebih matang," katanya.

Nadzmi hargai pengorbanan isteri yang sentiasa ada di sampingnya saat susah dan senang.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019 di kediaman Ardell di Seri Kembangan, Selangor.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Arwa Malaikha Urwa yang kini berusia 10 bulan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain