suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Video pakai tudung kena ‘take down’... Layla Sania kongsi cabaran guna media sosial China

Layla berkongsi cabaran menembusi pasaran hiburan di China.

PENYANYI Layla Sania berdepan cabaran ketika berkongsi kandungan di platform media sosial China, Douyin, susulan penampilannya mengenakan tudung.

Layla atau Layla Sania Kharuzikri, 24, berkata ada video yang memaparkan dirinya bertudung penuh tidak berjaya dimuat naik atau diturunkan daripada platform berkenaan.

"Ada cabaran untuk menggunakan Douyin, seakan TikTok di China. Kadang-kadang saya tak boleh kongsi penampilan yang bertudung. 

Layla perlu mencari gaya pemakaian yang lebih sesuai.

Layla perlu mencari gaya pemakaian yang lebih sesuai.

"Jadi saya pakai tudung macam ini, gaya turban sebab nampak lebih kepada fesyen. Kalau bertudung penuh, pernah juga video kena taken down atau tak lepas. 

"Baru-baru ini ada kena juga sekali sebab saya pakai tudung,” katanya ketika ditemui di sidang media Anugerah Melodi Terhangat 2026 yang diadakan di Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Menuntut di sekolah Cina sejak kecil, pelakon baharu Layla Sania mengaku kurang fasih bahasa Melayu

ARTIKEL BERKAITAN: Layla Sania lancar lagu galau Mandarin

Dalam pada itu, Layla memaklumkan dia kini sedang bekerjasama dengan pihak Douyin bagi mencari penyelesaian supaya kandungan yang dikongsinya tidak diturunkan.

"Sekarang saya sedang bekerjasama dengan Douyin tentang bagaimana nak cari cara lain untuk video tidak diturunkan di media sosial berkenaan. 

"Dulu saya pernah pakai hoodie dengan dengan topi, okay lepas pula. Turban macam ini pun lepas tetapi kalau tudung penuh kadang-kadang tak lepas.

Kalau bertudung penuh, pernah juga video kena ‘taken down’ atau tak lepas. 

LAYLA SANIA

PENYANYI

"Setakat ini Douyin saja yang saya ada masalah untuk posting," ujarnya. 

Layla bagaimanapun tidak menolak kemungkinan perkara tersebut berlaku disebabkan sistem kecerdasan buatan (AI) yang digunakan platform berkenaan.

"Saya rasa mungkin ada glitch dalam AI video tersebut. Kadang-kadang benda yang saya teruja nak kongsi, bila muat naik di Douyin memang tak lepas.

Penampilan bertudung membuatkan Layla sukar menembusi pasaran di China.

Penampilan bertudung membuatkan Layla sukar menembusi pasaran di China.

"Kalau empat video, mungkin satu atau dua video tak lepas. Tapi saya tetap cuba," katanya.

Untuk info, lagu nyanyiannya berjudul You’re The Only One in My Heart dendangan asal penyanyi Taiwan, Tiger Huang memperkenalkan nama Layla dalam industri muzik tanah air. 

Penyanyi ini turut mempunyai single berbahasa Mandarin lain termasuk Traveler, By Your Side dan Blessed To Have You.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain