PENYANYI Aina Abdul menganggap tindakan segelintir rakan industri yang melemparkan sindiran terhadap persembahannya di Anugerah Juara Lagu 40 (AJL40) sebagai satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku.Dalam hal ini, Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 33, penggiat seni sepatutnya saling meraikan dan menyokong antara satu sama lain. “Saya ada baca dan perasan hantaran seperti itu. Bagi saya, kenapa kita perlu hidup dalam persekitaran yang membenci? Patutnya kita meraikan sesama artis.Aina menganggap penggiat seni seharusnya memberikan sokongan antara satu sama lain.“Kita tahu kesusahan masing-masing menjadi anak seni ini bukannya setiap hari indah. Kalau perkara itu datang daripada netizen, mereka mungkin tidak tahu kehidupan kita. “Tetapi jika ia datang daripada rakan artis sendiri, kadang-kadang saya tertanya-tanya kenapa perlu bertindak begitu negatif?” katanya kepada mStar pada Khamis.Tambah Aina, dia tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak sebaliknya memilih untuk kekal positif dan fokus memberikan yang terbaik buat peminatnya.ARTIKEL BERKAITAN: Pertemuan tanpa sengaja dengan peminat ubah pemikiran Aina Abdul, gunung berapi simbolik kemarahan lagu ‘Kamu’ ARTIKEL BERKAITAN: “Jumpa lagi“... Aina Abdul beri bayangan rehat bersaing di AJL?“Saya tidak tujukan isu ini kepada sesiapa dan berharap mereka gembira dengan apa sahaja yang dilakukan. “Saya di sini akan teruskan kerja dan berfikiran positif kerana apa yang saya buat ini adalah untuk peminat yang menghargai seni saya.“Bak kata Abang Noh Salleh, seni kami untuk kami. Bagi saya kita tidak akan pernah tahu siapa kawan dan siapa lawan,” ujarnya.Dalam pada itu, Aina menyifatkan isu berkenaan sebagai satu pengajaran buat dirinya.Aina tampil menerusi lagu Kamu di AJL40.“Perkara paling penting apabila kita tahu kawan itu sebenarnya bukan kawan, jangan sambung negativiti tersebut. Ketepikan dan teruskan berjalan.“Ini sudah tahun 2026, kita patut tahu dan buat perkara yang lebih baik serta bercakap benda yang betul,” katanya.Sebelum ini, netizen mendakwa ada beberapa rakan selebriti yang menyindir Aina dalam halaman Threads mengenai persembahannya di AJL40.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube