ANAK kepada pelakon Allahyarham Kamarool Yusoff iaitu Fakhrol Aliff berhasrat meneruskan legasi bapanya dengan menceburi bidang lakonan.Menurut Fakhrol atau Ahmad Fakhrol Aliff, 23, dia tidak mahu perjalanan arwah bapanya dalam dunia seni terhenti selepas pemergian pada 5 Ogos lalu. "Kalau ada rezeki, insya-Allah saya mahu ikut langkah arwah abah untuk bergelar pelakon.Fakhrol bakal menyambung legasi bapanya."Saya tidak mahu warisan abah berakhir begitu sahaja. Kalau tidak menjadi pelakon sekalipun, saya tetap mahu berada dalam dunia seni kerana memang saya minat bidang ini."Abah selalu pesan, kalau nak jadi macam dia, jangan kejar popular. Buat kerana ikhlas dan benar-benar mahu memperjuangkan seni," katanya ketika ditemui semasa majlis tahlil, doa selamat filem Hantu Durian Musang King: Mana Durian Aku di Rawang, Selangor pada malam Khamis.Sementara itu, Fakhrol meluahkan rasa syukur kerana arwah bapanya sempat menyelesaikan segala pekerjaan dan tanggungjawab sebelum menghembuskan nafas terakhir.ARTIKEL BERKAITAN: Kamarool Yusoff meninggal dunia akibat masalah jantungARTIKEL BERKAITAN: Kamarool Yusoff ditidurkan akibat saluran jantung tersumbat"Alhamdulillah, saya bersyukur sangat sebab abah sempat selesaikan semua pekerjaan yang ada dan tidak meninggalkan hutang. Jadi kami sekeluarga lega kerana segala urusan sudah diselesaikan semasa hayatnya."Sekarang saya cuma mahu sambung apa yang abah tinggalkan dan teruskan perjuangan dia dalam bidang seni," ujarnya.Berkongsi sisi peribadi bapanya itu, Fakhrol berkata arwah seorang yang serius, namun gemar bergurau dan mengusik anak-anak ketika di rumah. Kalau nak jadi macam dia jangan kejar popularFAKHROL ALIFFANAK"Kalau di rumah, abah memang berbeza. Tapi dengan keluarga dia lebih banyak bergurau dan mengusik."Bila saya duduk seorang pun dia suka datang mengusik. Itu antara kenangan yang saya akan sentiasa ingat tentang abah," ujarnya.Dalam pada itu, Fakhrol turut berkongsi penghargaan atas sokongan rakan-rakan seperjuangan arwah bapanya yang masih mengambil berat dan membuka peluang kepadanya untuk menceburi dunia seni.Fakhrol hadir di majlis doa selamat dan pelancaran Filem Hantu Musang King di Rawang.Katanya, pelawak Issey merupakan antara individu terawal yang menyatakan hasrat untuk membantunya bidang ini. "Alhamdulillah, rakan seperjuangan abah masih bertanya khabar dan ada yang menawarkan kerja. "Abang Issey pun datang ke rumah dan beritahu kalau ada rezeki nanti dia akan panggil. Saya harap ada rezeki untuk ikut jejak arwah abah," ujarnya. Filem Hantu Durian Musang King: Mana Durian Aku merupakan lakonan terakhir sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir Hospital Tanah Merah, Kelantan pada 5 Ogos lalu. Allahyarham Kamarool atau lebih dikenali sebagai Cik Man, 68, sebelum itu dimasukkan ke hospital yang sama bagi menerima rawatan akibat saluran jantung tersumbat.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!