suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syafiq Farhain berjaya jejak lelaki maki ‘Suhaila Arshad’, akhirnya terbongkar kisah sebenar

Sayfiq akhirnya jumpa individu tular tersebut.

HASIL bantuan pengguna media sosial, penyanyi Syafiq Farhain akhirnya berjaya menjejaki lelaki dikenali sebagai Abang Man yang tular selepas meluahkan rasa marah terhadap individu bernama 'Suhaila Arshad' di khalayak.

Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A.M. Salim, 32, berkata usaha menjejaki lelaki berkenaan dilakukan menerusi aplikasi TikTok selepas hantaran video dia mempromosikan lagu terbaharunya berjudul Cerita Luka di Bukit Bintang tular sehingga meraih jutaan tontonan. 

“Sejujurnya saya memang tidak sangka kisah Abang Man dan nama Suhaila Arshad ini boleh jadi begitu tular. Malah ada beberapa individu bernama Suhaila mesej saya minta padamkan video kerana mereka turut menerima kecaman.

Abang Man mendedahkan dirinya dicurangi bekas teman wanita. 

“Disebabkan ramai yang mahu tahu kisah sebenar, saya cuba mencari Abang Man dengan bantuan netizen di TikTok dan Alhamdulillah akhirnya kami dapat berhubung menerusi panggilan video,” katanya kepada mStar. 

Dalam perbualan mereka itu, Syafiq berkata Abang Man mendakwa dia dicurangi oleh wanita bernama Suhaila dan sudah membelanjakan wang ringgit yang banyak sepanjang hubungan mereka.

“Apa yang dilaluinya amat menyedihkan. Saya cuma menjadi pendengar dan cuba menguatkan semangatnya. Ada perkara yang tidak boleh dikongsikan kepada umum, jadi bahagian itu terpaksa disenyapkan untuk menjaga privasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa Suhaila Arshad? Syafiq Farhain cari lelaki tular putus cinta, beri kata semangat

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini permulaan perancangan seni selepas ini“ - Syafiq Farhain keluar lagu baharu selepas dua tahun rehat

“Selalunya kita mendengar kisah wanita dikecewakan, tetapi kali ini seorang lelaki pula terluka. Saya harap Abang Man dan semua lelaki yang pernah dikecewakan dapat bangkit semula,” ujarnya.

Menerusi video yang dikongsi, Abang Man dilihat sedih sehingga menangis ketika sedang bercerita kisahnya kepada Shafiq. 

"Itulah Suhaila Arshad, memang perempuan paling celaka pernah saya jumpa. Fasal nafsu, bodoh dia, semua terbabit. 

"Orang hanya mendengar, dia tak tahu apa yang saya rasa. Bila saya dengar lagu Syafiq itu, memang rasa dengan diri saya, Aku berkorban, tak tidur malam, tapi kau seronok dengan jantan lain dekat luar. 

Syafiq harap lagu baharunya Cerita Luka dapat beri kesan kepada pendengar. 

"Aku tak kuat, sakit sangat. Mungkin saya rasa tka layak disayangi oleh orang lain," luah Abang Man. 

Dalam pada itu, Syafiq menepis dakwaan sesetengah pihak yang menganggap insiden berkenaan sebagai gimik untuk mempromosikan lagu terbaharunya.

“Benda ini bukannya gimik yang dirancang. Cuma secara kebetulan, kisah Abang Man ini ada persamaan dengan mesej Cerita Luka yang mengangkat kisah lelaki dikhianati.

“Sebenarnya apabila terluka, lelaki juga sedih dan menangis, cuma kita jarang nampak kerana lelaki sering dituntut untuk sentiasa kuat. Saya harap selepas ini jika ada lelaki meluahkan kekecewaan, janganlah terus mengecam atau memperlekehkan mereka,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain