suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terfikir mahu tinggalkan dunia lakonan, Ammar Alfian batal hasrat untuk bersara

Ammar mahu mahu belajar di belakang tabir lakonan.

PERNAH meluahkan hasrat untuk berhenti berlakon, pelakon Ammar Alfian menolak dakwaan dia merajuk sehingga mahu membawa diri meninggalkan dunia hiburan.

Ammar atau nama sebenarnya Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri, 39, berkata ketika itu dia hanya terfikir untuk memulakan kehidupan baharu selepas terlalu lama bergelumang dalam industri seni.

"Pada masa itu saya fikir nak bersara apabila sudah sampai usia 40 tahun. Itu sahaja.

Ammar tidak merajuk pada industri lakonan.

"Tapi saya bukan merajuk! Cuma saya rasa sudah terlalu lama dalam industri ini," katanya.

Bagaimanapun, hasrat tersebut dibatalkan selepas menerima sokongan dan nasihat daripada insan terdekat.

Menurut Ammar, dia juga kini mula berjinak-jinak dengan kerja di belakang tabir sebagai persediaan sekiranya tidak lagi aktif sebagai pelakon.

"Mereka kata saya masih boleh pergi jauh dan masih ada banyak potensi. Itu yang buat saya terfikir saya patut teruskan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ammar Alfian tuntut permohonan maaf, dua tahun dipandang serong tuduhan kasari wanita

ARTIKEL BERKAITAN: Ammar Alfian peroleh injunksi interim, bekas kekasih dilarang keluarkan kenyataan

"Tapi sekarang rasa macam sudah ludah jilat balik pula. Mungkin kalau tak berlakon pun, saya akan buat kerja belakang tabir," kongsinya.

Dalam pada itu, Ammar tidak menolak kemungkinan untuk membuka syarikat penerbitan sendiri pada masa akan datang.

Namun katanya, dia mahu menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman terlebih dahulu sebelum melangkah lebih jauh dalam bidang berkenaan.

Lakonan mungkin hobi dan minat, tapi hartanah adalah perniagaan.

AMMAR ALFIAN

PELAKON

"Itu jauh lagi. Tapi sekarang saya tengah seronok belajar suntingan. Kalau tengok TikTok saya, itu semua hasil suntingan saya sendiri.

"Saya tengah belajar kerja kamera, kerja suntingan dan saya nak mula dari bawah. Kalau nak pergi belakang tabir, kena tahu dari bawah," ujarnya.

Sementara itu, Ammar turut mengakui mula berjinak-jinak sebagai ejen hartanah dan sudah berjaya melakukan jualan sejak mengambil lesen sebagai Real Estate Negotiator (REN).

Ammar kini bergelar ejen hartanah.

"Saya serius mula ambil lesen sebagai REN tahun ini. Alhamdulillah, dalam tempoh singkat saya dah berjaya ‘close’ beberapa jualan.

"Sekarang ini ekonomi susah, nilai mata wang jatuh, jadi kita kena ada konsistensi dalam pendapatan. Lakonan mungkin hobi dan minat, tapi hartanah adalah perniagaan," jelasnya.

Sebelum ini, hantaran Ammar di Threads menjadi perhatian ramai apabila dia memberi bayangan mahu mengundurkan diri daripada dunia lakonan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain