suria

Ammar Alfian peroleh injunksi interim, bekas kekasih dilarang keluarkan kenyataan

Ammar berjaya dapat perintah injunksi interim.

PELAKON Ammar Alfian memperoleh perintah injunksi interim terhadap bekas teman wanitanya iaitu Qhaisah berhubung kenyataan yang didakwa berunsur fitnah sekitar April tahun lalu.

Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor membenarkan permohonan tersebut selepas meneliti hujahan dan dokumen yang dikemukan.

Perintah tersebut turut melibatkan tunang Ammar Alfian iaitu Gan Xue Zane yang dipercayai turut terkesan dengan kenyataan berunsur fitnah yang didakwa dibuat oleh Qhaisah.

Antara kenyataan yang telah memburukkan nama Ammar.

Menurut peguam yang mewakili Ammar iaitu Sivanesan, perintah tersebut melarang Qhaisah daripada mengeluarkan, menyiarkan atau menerbitkan sebarang kenyataan yang berpotensi memfitnah aktor berkenaan serta tunangnya di mana-mana platform media sosial atau saluran komunikasi awam.

“Perintah ini juga melarang defendan daripada menghubungi, mengganggu atau menghantar sebarang mesej kepada Ammar Alfian dan Gan Xue Zane melalui apa jua cara komunikasi,” katanya.

Tambahnya, mahkamah turut menghalang Qhaisah daripada mengganggu, memantau, mengekori, merakam, mengambil gambar atau mendedahkan apa-apa aspek kehidupan peribadi Ammar dan tunangnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas kekasih Ammar Alfian dedah ada bukti kena pukul, dipaksa ‘sign’ perjanjian palsu

ARTIKEL BERKAITAN: “Gangster tak pukul perempuan bro!” - IG Ammar Alfian ‘diserang’ netizen

"Ia juga mengahalang Qhaisah menyiarkan dan menyebut berkaitan status profesional atau pekerjaan Ammar dan Xue Zane di mana-mana media sosial atau saluran komunikasi awam.

"Selain menghalang Qhaisah daripada menyiarkan, memuat naik atau mendedahkan sebarang maklumat berkaitan prosiding undang-undang ini," ujarnya.

Perintah tersebut berkuat kuasa sehingga kes tersebut diselesaikan sepenuhnya di mahkamah.

Ammar masih lagi kunci mulut berhubung isu berkenaan.

Menurut Sivanesan, tindakan undang-undang ini diambil bagi melindungi privasi serta maruah mereka daripada sebarang dakwaan yang tidak berasas.

“Kami percaya bahawa privasi dan penghormatan terhadap kehidupan peribadi anak guam kami harus dipelihara.

"Mereka tidak wajar dikenakan sebarang insinuasi negatif atau gambaran yang tidak wajar serta tidak berasas,” katanya.

Ammar mahu namanya dibersihkan.

Pada April tahun lalu, Qhaisah mendakwa sepanjang setahun empat bulan mereka bersama, dia mengalami nasib malang kerana menjadi mangsa serangan fizikal dan mental aktor itu yang memberi alasan mahu mendidiknya.

Dia turut memuat naik foto terhadap semua perlakuan buruk dan kekerasan dilakukan Ammar.

Malah satu laporan polis dibuat Qhaisah terhadap Ammar pada 20 April tahun lalu namun diklasifikasikannya sebagai tiada tindakan lanjut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain