MENJELANG majlis perkahwinan, pelbagai persiapan perlu diatur rapi agar acara meraikan dua hati berjalan lancar. Namun di sebalik kesibukan itu, tidak semua urusan berlangsung seperti dirancang, lebih-lebih lagi apabila timbul permintaan yang dianggap tidak masuk akal. Situasi itulah yang dikongsikan seorang lelaki apabila dia berdepan permintaan daripada keluarga bakal menantunya yang disifatkan membebankan.Pertelingkahan antara dua keluarga boleh memberi kesan kepada pasangan suami isteri di masa depan. -Gambar hiasan AI"Anak perempuan aku nak berkahwin hujung bulan ni. Keluarga belah lelaki minta kami sediakan homestay."Tak salah nak minta, tapi mereka nak homestay yang ada kolam renang dan banyak bilik. Banyak cantik muka kau," luahnya.ARTIKEL BERKAITAN: Rakan ajak ikut rombongan majlis tunang abang, tapi kena scam! Tiba-tiba diminta RM150 bayar duit homestayARTIKEL BERKAITAN: Wanita yatim piatu terluka saudara letak syarat datang majlis konvokesyen, paksa cari homestay! - “Duit minyak, tol, makan bagi asing!”Jelasnya, permintaan tersebut bukan sahaja dianggap membebankan, malah disifatkan tidak wajar kerana melibatkan kos yang tinggi."Kau yang nak kahwin, kau tempah la sendiri. Tak malu ke ambil kesempatan nak minta duit orang," katanya.Lelaki berang keluarga lelaki minta homestay mewah.Permintaan disifatkan membebankan dan tidak wajar.Isu kos tinggi jadi punca ketegangan.Perkongsian raih perhatian netizen.Ramai nasihat bincang secara baik.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu menarik perhatian netizen yang menyarankan perkara tersebut dibincangkan dengan sebaik mungkin bagi mengelak perbalahan antara dua keluarga."Hubungan kekeluargaan ni nak berpanjangan. Jangan cemarkan dengan pandangan dan pemikiran yang negatif. Kesian anak nanti dia yang tersepit."Menjelang hari bahagia jangan disulam dengan perkara yang boleh bawa sengketa. Bawalah berbincang dan cari jalan penyelesaian."Sila berbincang, jangan nanti dah kahwin pengantin lelaki dan perempuan bergaduh di sebabkan famili masing-masing," nasihat warga maya.