suria

Anak seorang pun terabai, kakak gatal nak beranak lagi! Adik tak kasi muka, suruh belajar pikul tanggungjawab dulu

Pertengkaran antara adik-beradik lazimnya berlaku kerana perselisihan pendapat. -Gambar hiasan AI

ANAK bukan sekadar penyeri rumah tangga, tetapi merupakan amanah besar yang menuntut perhatian, didikan dan tanggungjawab berterusan daripada ibu bapa.

Kegagalan menggalas amanah ini dengan baik bukan sahaja boleh menjejaskan perkembangan anak, malah memberi kesan negatif terhadap pembentukan sahsiah dan masa depan mereka.

Begitulah perkongsian seorang wanita yang meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap kakaknya yang berhasrat untuk menambah cahaya mata, sedangkan anak sedia ada didakwa tidak dijaga dengan sebaiknya.

Menurut wanita itu, dia secara terbuka menegur kakaknya apabila mengetahui hasrat tersebut kerana berniat untuk mengingatkannya tentang tanggungjawab sebagai ibu bapa.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita persoal kewajaran miliki ramai anak, suruh ibu bapa kira dulu kemampuan diri sebelum cakap soal rezeki

ARTIKEL BERKAITAN: Anak ramai tapi tak guna! Si bongsu kecewa abang kakak abai mak ayah sakit... Muncul tuntut harta lepas dah meninggal

"Kakak saya nak tambah anak seorang lagi, then kami cakap... Anak yang sekarang pun tak reti nak jaga, ada hati nak tambah lagi.

"Belajar dulu cara jadi ibu bapa, baru tambah anak sampai tujuh sekali pun. Ini anak seorang pun tinggal dekat kampung," tulisnya dalam satu perkongsian di Threads.

Segelintir individu gemar menghantar anak ke kampung untuk dijaga oleh ibu kerana kekangan tugas. -Gambar hiasan AI

Wanita itu mengakui hubungan antara dia dan kakaknya sememangnya tidak begitu rapat.

Biarpun begitu, dia tetap berusaha mendidik anak saudaranya tentang adab, termasuk menghormati hak orang lain.

"Saya dengan kakak memang tak ngam. Saya ajar anak saudara saya agar menghormati barang orang lain. 

"Tapi apabila dia ada di rumah... anak tu main apa pun dia tak marah. Dia buat seperti barang orang barang dia. Barang dia pun barang dia.

"Bayangkanlah, kalau dia balik ke rumah, dalam bilik dia macam kapal pecah sebab dia tak halang anak dia sepahkan semua benda. 

"Lepas tu, apabila balik ke KL, dia tinggal macam tu je la. Mak sayalah perlu kemaskan semua. Setiap kali balik pun macam tu," luahnya lagi.

  • Seorang wanita kurang senang apabila tahu kakaknya mahu tambah anak sedangkan anak sedia ada tidak dijaga dengan baik.

  • Dia menegur kakaknya secara terbuka agar belajar menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab sebelum menambah zuriat.

  • Wanita itu turut mendakwa anak saudaranya tidak dididik dengan baik.

  • Keadaan rumah kakaknya juga sering bersepah kerana anak dibiarkan buat sepah.

  • Netizen sokong tindakannya yang berani tegur kakak sendiri. 

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi, dengan ramai bersetuju tindakannya menegur kakak sendiri adalah demi kebaikan anak saudaranya.

Mereka berpendapat, peranan ibu bapa perlu dipikul dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab sebelum membuat keputusan menambah bilangan anak.

"Terbaik, orang macam sis yang kita perlukan. Sembur biar terduduk sikit sis. Orang nak beranak, dia pun nak beranak.

"Sembur sikit kakak you tu. Nak tambah anak, pastikan jangan susahkan orang. 

"Dia bukannya nak ada anak pun. Dia cuma nak perhatian yang dia dapat masa mengandung dan bersalin," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain