JAGUH gimnastik artistik lelaki negara, Muhammad Sharul Aimy akhirnya mencipta detik manis apabila berjaya meraih pingat emas di Sukan SEA, pada Jumaat.Kejayaan itu diraih Sharul Aimy selepas tampil cemerlang dalam acara melombol lelaki dengan kutipan 13.833 mata pada aksi yang berlangsung di Gimnasium 5, Universiti Thammasat, Bangkok, Thailand.Sharul Aimy menunjukkan prestasi cemerlang. Kemenangan tersebut cukup mendebarkan apabila Sharul Aimy hanya mendahului 0.016 mata berbanding atlet Filipina, Cruz John Ivan yang meraih pingat perak dengan 13.817 mata, manakala gimnas tuan rumah, Tikumporn Surintornta membawa pulang gangsa selepas mengumpul 13.717 mata.“Syukur Alhamdulilah kerana saya boleh bawa balik pingat emas untuk Malaysia kerana sebelum ini dua kali berturut-turut raih gangsa.ARTIKEL BERKAITAN: Sharul Aimy kena ada ‘stylist’, tak mahu nampak selekeh datang event hiburan ARTIKEL BERKAITAN: Atlet kacak Sharul Aimy tak tolak peluang berlakon, pasang impian jadi jurulatih gimnastik“Saya sebelum ini dihimpit kecederaan dan saya hampir putus asa. Apapun, saya gembira kembali di atas podium kemenangan,” katanya. Pada Khamis, Sharul Aimy turut menyumbang pingat gangsa dalam acara kekuda berpelana lelaki dan sebelum ini pernah meraih pencapaian sama pada edisi Sukan SEA 2021 di Vietnam.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!