suria

Penerbit 'sengkek' tak mampu bayar pelakon dan kru, ramai jadi mangsa produksi terkenal

Sebuah syarikat produksi didakwa gagal membuat bayaran kepada kru dan pelakon - Gambar hiasan AI

SEBUAH syarikat produksi didakwa berdepan masalah kewangan sehingga menimbulkan ketegangan dalam penggambaran sebuah drama terbitannya.

Difahamkan terdapat pelakon yang sedang membintangi drama berkenaan enggan menghadirkan diri ke set penggambaran selepas gagal mendapat baki bayaran mengikut jadual yang dipersetujui.

Menurut sumber mStar, isu kelewatan bayaran membabitkan syarikat produksi itu bukan kali pertama berlaku. 

Difahamkan penerbit terbabit berdepan masalah kewangan hingga gagal menyelesaikan bayaran pelakon dan kru - Gambar hiasan AI

Katanya, penerbit berkenaan turut gagal melunaskan baki bayaran untuk beberapa projek lain. 

“Saya terkejut apabila mendengar cerita ini kerana syarikat produksi ini cukup dikenali ramai dan mempunyai rekod yang baik sebelum ini. 

"Tidak tahu bagaimana perkara ini boleh berlaku. Ada pelakon datang mengadu kepada saya dan beritahu penerbit ini masih tidak membuat bayaran untuk projek yang dibintangi. 

ARTIKEL BERKAITAN: Produksi belum buat bayaran, pelakon mahu boikot promosi drama ‘Perfect Family’

ARTIKEL BERKAITAN: Bayaran ‘ciput’ jadi rungutan, Finas perkenal peluang baharu jaga kebajikan kru dan pelakon veteran

"Malah kru juga berdepan nasib sama. Keadaan ini menyebabkan ramai tertekan kerana ada yang bergantung sepenuhnya kepada bayaran projek untuk menampung kehidupan,” katanya.

Menurutnya, dia percaya masalah itu mungkin berpunca daripada kekangan kewangan yang sedang dihadapi penerbit terbabit, termasuk kelewatan bayaran penuh daripada stesen televisyen.

“Tidak mustahil juga ia melibatkan hal peribadi penerbit, namun apa yang pasti, isu bayaran ini memberi kesan langsung kepada kelancaran produksi,"katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain