suria

Adira, Datuk Red didakwa rujuk dalam tempoh idah, fail pengesahan dua hari lalu

Kes pengesahan rujuk Adira dan Datuk Red dijadualkan pada Januari 2026.

HUBUNGAN penyanyi Adira dan bekas suaminya, usahawan Datuk Seri Adnan Abu kembali menjadi bualan apabila pasangan itu didakwa telah rujuk semula ketika masih dalam tempoh idah.

Menurut sumber mStar, rujuk tersebut dipercayai berlaku selepas perceraian mereka sebelum ini dan Datuk Seri Adnan atau mesra disapa Datuk Red dikatakan telah kembali bersama Adira.

Datuk Red dikatakan memfailkan kes pengesahan rujuk pada dua hari lalu.

Difahamkan, Adnan baru sahaja memfailkan pengesahan rujuk tersebut dua hari lalu.

Lebih menguatkan dakwaan tersebut, permohonan pengesahan rujuk dikatakan telah difailkan di Mahkamah Syariah Gombak Barat dan tarikh sebutan dijadualkan berlangsung pada pertengahan Januari 2026.

Bagaimanapun, setakat ini kedua-dua pihak masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi mengesahkan perkara berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Cerai Adira peristiwa hitam dalam hidup, Datuk Red anggap hukuman atas kealpaan

ARTIKEL BERKAITAN: Macam tak percaya dah bercerai, Datuk Red masih datang rumah Adira

Untuk rekod, Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. 

Namun, perkahwinan itu berakhir dengan perceraian pada 24 April tahun lalu, sekali gus mengejutkan ramai pihak memandangkan hubungan mereka sebelum ini dilihat masih baik demi kebajikan anak-anak.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek,7, Asan,6, Anggun,5, dan Ayob,3.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain