suria

Redza Rosli tak mahu kejar glamor, enggan lagi fikir tentang cinta… “Kita ni hidup bukan selama-lamanya”

PELAKON Redza Rosli memberitahu dia sama sekali tidak tergugat dengan kehadiran pelakon baharu yang jauh lebih popular berbanding dirinya.

Redza atau nama sebenarnya Ahmad Redza Rosli, 30 berkata dia kini tidak lagi mengejar dunia glamor sebaliknya lebih mementingkan mutu dalam sesebuah karya drama yang dilakonkan.

“Saya percaya kepada rezeki sebab saya buat ini ikhlas dan tak ada niat masuk industri hiburan ini sekadar mengejar glamor, itu bukan saya.

”Macam orang tahu saya sangat low profile sebab hidup saya sangat mudah dan buat masa ini saya belum terfikir nak perlahankan karier cuma hanya memilih naskah yang bermutu untuk saya.

“Kalau boleh tak mahu benda yang sama sebab tak ada benda baharu yang saya nak buktikan nanti, kalau boleh untuk tawaran akan datang kena out of box, sebab saya suka beri masalah pada diri sendiri dan cabar diri,” kata Redza kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi