suria

Insaf selepas buat ‘content’ mengarut… Syameer Azmi serik, tak sanggup jadi bahan kecaman walau nama cepat naik

PENYANYI dan personaliti media sosial Syameer Azmi tidak menyangka menerima anugerah tempat kedua dalam carta TikTok bagi kategori jumlah tontonan tertinggi.

Mengakui penganugerahan itu memberi sedikit tekanan kepadanya, Syameer,21, berkata dia perlu memikirkan strategi untuk mengekalkan kedudukan carta meskipun perlu bersaing dengan calon lain yang lebih popular.

“Saya tak sangka juga saya dapat tempat kedua dalam carta di TikTok sebab saya buat hanya suka-suka tapi ini rezeki dan bersyukur dapat penganugerahan oleh Tiktok ini.

“Untuk selepas ini memang agak struggle buat saya untuk kekalkan kedudukan carta ni, lagipun nak fikirkan content tu yang tertekan sebenarnya tapi disebabkan ada pihak pengurusan mungkin masalah itu boleh diatasi.

“Kalau saya seorang saja memang agak sukar, nasib baik pihak pengurusan banyak sumbang idea jadi daripada situ saya boleh pelbagaikan lagi content untuk selepas ini,” kata Syameer kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi