suria

Bimbang generasi muda membesar jadi kurang ajar, Danial Zaini minta influencer fikir sebelum buat ‘content’ bodoh

PELAWAK Danial Zaini tidak bersetuju dengan tindakan segelintir content creator yang suka mencetuskan kontroversi dengan menghasilkan video negatif semata-mata untuk meraih populariti.

Danial atau Mohamad Danial Mohd Zaini, 29, video sedemikian tidak baik untuk jangka masa panjang ditambah pula ia pasti ditonton oleh pelbagai lapisan umum terutamanya kanak-kanak.

"Jujur saya katakan saya agak kecewa dengan beberapa content creator di luar sana yang menggunakan bad marketing untuk promosi diri.

"Perkara itu untuk tempoh masa panjang tak bagus sebab video dihasilkan akan ditonton pelbagai lapisan umur termasuk kanak-kanak memandangkan media sosial tiada had sempadan.

"Adakah kita mahu tengok anak-anak kecil kita membesar jadi seorang yang kurang ajar?," katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Danial sempat mengulas isu bersentuhan dengan pelakon wanita dalam filem Hantu Tenggek yang bakal ditayangkan pada 22 Disember 2022.

Jelasnya, penggambaran dilakukan sebelum dia mendirikan rumah tangga namun masih menjaga aurat dengan pelakon wanita dalam filem berkenaan.

"Penggambaran filem ini sebelum saya kahwin, tapi kalau tengok balik adegan-adegan yang saya lakonkan itu semuanya berlapik.

"Saya tak berpegangan tangan secara direct dan saya rasa keseluruhan lakonan saya dalam filem ini berlapik," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi