suria

[V] Baru 7 bulan sudah jadi rebutan... Mira Filzah tak terfikir bawa anak masuk dunia hiburan

PELAKON Mira Filzah tidak terfikir untuk mengetengahkan anak lelakinya, Wan Khair Amir Wan Emir Astar dalam dunia hiburan meskipun ada tawaran diberikan.

Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, berkata, tawaran iklan komersial yang diterima sebelum ini juga ditapis terlebih dahulu agar tidak menganggu pembesaran bayi berusia tujuh bulan.

Mira sering berkongsi perkembangan Amir di laman Instagram

"Mira suka kongsi perkembangan Amir di media sosial sebab kadang-kadang ada iklan komersial yang memerlukan Amir bersama.

"Buat masa sekarang kalau ada tawaran lain seperti berlakon memang Mira dan suami tak terima sebab anak pun masih kecil, jadi takut dia penat dan menganggu proses pembesarannya," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Manisnya dia, iras muka mama la” - Mira Filzah dan suami kongsi foto anak di Instagram

ARTIKEL BERKAITAN: Mira Filzah dipuji tetap cantik selepas bersalin, netizen harap tak tampal ‘sticker’ pada wajah anak

Mira berkongsi mengenai perkembangan anaknya itu ketika ditemui pada majlis RR Empire Program yang diadakan di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur pada Rabu.

Pada acara tersebut, Mira dipilih sebagai muse bagi salah satu koleksi tudung RR-Riverra Scarves oleh RR Empire yang dinaungi pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil.

Bercakap mengenai perkembangan terbaharunya, pelakon drama Pujaan Hati Kanda ini memberitahu bakal kembali aktif sebagai pelakon tahun depan.

Wan Khair Amir Wan Emir Astar kini berusia tujuh bulan

Kata Mira, dia mula merindui dunia lakonan selepas banyak memberi tumpuan kepada projek sebagai duta produk sepanjang tahun ini.

"InsyaAllah tahun depan Mira akan berlakon semula sebab dah mula rasa rindu, apatah lagi tahun ini memang sibuk dengan kerja-kerja duta produk dan sebagainya.

"Impian tahun depan nak explore lebih mendalami lagi bidang lakonan dan cuba watak baru bagi memperbaiki diri," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain