suria

Ummi Nazeera antara artis sertai Muafakat Nasional, suami halang jika isteri sertai parti politik

Suami Ummi Nazeera tampil beri penjelasan.

TINDAKAN pelakon Ummi Nazeera menyertai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Muafakat Nasional (MN) mengundang pelbagai reaksi netizen kerana ada menyangka ia berkait rapat dengan parti politik.

Menjawab kekeliruan itu, suami kepada aktres berkenaan iaitu Dr Izzar tampil menjelaskan salah faham yang timbul berhubung penyertaan isteriya itu.

Kata Izzar atau nama sebenar Mohd Izzar Anwari Abdul Khani, 35, pertubuhan yang diketuai oleh Tan Sri Annuar Musa itu bukanlah untuk tujuan politik, sebaliknya sebuah badan amal membela masyarakat.

ummi1 - 1

Izzar berharap tiada lagi kekeliruan berkaitan dengan isterinya.

"Saya mengambil maklum mengenai tularnya isu isteri saya menyertai Muafakat Nasional (MN), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai salah seorang ahli.

"Pertubuhan Muafakat Nasional ini bukannya sebuah parti politik dan juga tidak merujuk kepada pakatan parti UMNO dan PAS yang dibentuk pada tahun 2019," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Seriau tengok dagu anak Ummi Nazeera terbelah, jatuh tersungkur kena penutup tin biskut - "Meraung dia dalam perjalanan ke hospital"

ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut dapat mesej Ummi Nazeera nak bagi hadiah telefon, tapi ramai ragu-ragu - "Kalau terus aniaya orang, saya buat laporan polis!"

Izzar berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran yang di muat naik di laman Instagram miliknya pada Khamis.

Dalam pada itu, suami kepada pelakon drama Rindu Kasih ini menjelaskan mereka bersetuju menyertai pertubuhan berkenaan kerana misi dan visi yang mampu memberikan manfaat kepada rakyat.

Malah, Ummi atau nama sebenar Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 32, bersikap neutral dan tidak mahu namanya digunakan untuk tujuan politik.

ummi2 - 1

Ummi tidak terkait dengan sebarang parti politik.

"Setelah saya amati, pertubuhan MN ini berpegang kepada matlamat-matlamat yang mampu memberikan kebaikan kepada masyarakat.

"Isteri saya sedar dan amat menekankan bahawa sebagai seorang pempengaruh, dia perlu bersikap neutral dan tidak menggunakan platformnya untuk menunjukkan sokongan kepada mana-mana politk secara terang-terangan," ujarnya.

Jika pertubuhan mempunyai matlamat dan kepentingan politik, Izzar berkata dia menjadi orang pertama melarang isterinya terlibat sama.

Untuk rekod, MN turut disertai oleh beberapa rakan artis lain termasuklah Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Eizlan Yusof.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain