suria

“Jangan la batal saat akhir” - Ridhuan Tee antara penggerak Forum Perdana, kini ‘direhatkan’ daripada muncul di RTM

Ridhuan Tee 'direhatkan' daripada muncul di RTM.

PENDAKWAH bebas Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee mempersoalkan langkah kerajaan yang membatalkan kemunculannya dalam Forum Perdana Ehwal Islam bagi siaran RTM pada Khamis.

Ridhuan atau Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 57, berkata, beliau hanya dimaklumkan oleh pihak RTM berhubung pembatalan itu kira-kira dua hari sebelum siaran berlangsung tanpa menyatakan alasan mereka berbuat demikian.

"Saya okay saja, tapi janganlah batal saat-sasat akhir. Saya pun masih mempunyai peminat yang menantikan kemunculan saya," katanya kepada mStar.

ridhuan1 - 1

Kemunculan Ridhuan Tee dibatalkan tanpa sebab yang jelas.

Pendakwah itu diminta mengulas mengenai langkah stesen penyiaran kerajaan itu melarang kemunculnya dalam rancagan tersebut yang bakal bersiaran pada pukul 9 malam Khamis di TV1.

Tempatnya digantikan oleh Ustaz Harryanto Rizal Lokman.

Antara ahli panel lain yang terlibat ialah Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias dan Ustaz Nabil Ahmad.

ARTIKEL BERKAITAN: Rujukan pakar perlu jadi budaya, Ridhuan Tee nasihat jangan ambil kesempatan atas tiket 'selebriti'

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan wanita hafaz al-Quran 15 juzuk... Ridhuan Tee kata belum tentu sempurna dan faham Islam

Difahamkan keputusan RTM itu dibuat selepas peralihan politik negara yang menyaksikan Kementerian Komunikasi dan Digital diterajui oleh Fahmi Fadzil selaku menterinya.

Arahan dikeluarkan itu tanpa sebab yang dijelaskan sebaliknya beliau direhatkan daripada menyertai rancangan berkenaan.

Mengulas hal itu beliau berkata, perkara demikian nyata berbeza dengan prinsip yang dipegang oleh kerajaan ketika ini sewaktu menjadi pembangkang yang memperjuangkan isu kebebasan bersuara.

Saya okay saja, tapi janganlah batal saat-sasat akhir. Saya pun masih mempunyai peminat yang menantikan kemunculan saya.

RIDHUAN TEE

PENDAKWAH BEBAS

"Saya sebenarnya okay sahaja, tetapi kita bercakap soal keterbukaan. Dulu sewaktu menjadi pembangkang, mereka yang memperjuangkan soal kebebasan bersuara.

"Tiba-tiba apabila dah memerintah, sama juga. Jadi, cakap tak serupa bikin. Kalau boleh kita nak lebih baik daripada sebelum ini, tapi saya tengok lebih kurang sama sahaja," katanya.

Menurut Ridhuan, pihak kerajaan tidak sewajarnya bertindak sewenang-wenangnya dengan kuasa yang ada hanya kerana mempunyai perbezaan pandangan politik.

Ujar beliau, stesen televisyen itu adalah hak kerajaan yang mana sumber kewanagannya adalah daripada rakyat.

Sebagai ahli akademik, jika ada perkara yang pernah dilontarkannya sebelum ini tidak betul, pihak-pihak berkenaan boleh memperbeltulkannya dengan cafra berhujah, bukan melarang untuk beliau berdakwah kepada orang ramai.

"Saya ini ahli akademik dan bukannya ahli politik. Kalau ada perkara yang saya cakap tidak betul, kita boleh sama-sama berhujah. Bukannya menggunakan kuasa untuk menyekat saya keluar di televisyen," ujarnya.

ridhuan2 - 1

Ridhuan direhatkan daripada menyertai rancangan Forum Perdana.

Dalam pada itu, Ridhuan Tee berkata, dia antara indvidu yang menghidupkan program bual bicara itu seawal tahun 90-an sehingga mendapat rating tinggi daripada penonton.

Namun, beliau akur atas kehendak pihak berkuasa dan mengakui sudah terbiasa dengan situasi ini.

"Saya ingat lagi masa awal tahun 90-an, kitalah yang berhempas pulas menghidupkan program ini sehingga rating berjuta-juta.

"Biasalah, dalam dunia memang ada turun naik. Saya pun sudah biasa dengan perkara-perkara seperti ini," jelasnya.

Dalam pada itu, Ridhuan berkata, setakat ini beliau masih berpeluang untuk muncul di stesen televisyen lain namun merasakan berkemungkinan bakal menerima nasib serupa.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain