suria

“Patutlah darah Melayu mudah terima lagu ini” - Netizen dakwa lagu Sza ‘Kill Bill’ mirip ‘Jangan Lafazkan’ nyanyian KRU 

Sza peminat kumpulan KRU?

PENYANYI Amerika Syarikat iaitu Sza baharu sahaja melancarkan single terbaharu berjudul Kill Bill dan ia sudah pun mendapat tempat di hati pendengar seluruh dunia.

Tidak cukup dengan itu, lagu berkenaan turut mencatatkan jumlah penstriman sebanyak 5.9 juta pada 13 Disember lalu di Spotify.

Bagaimanapun, bagi peminat penyanyi berkenaan di Malaysia, mereka mengesan sesuatu tidak kena pada lagu ciptaan Rob Bisel, Carter Lang dan Sza itu yang mendakwa melodinya mirip dengan lagu Jangan Lafazkan nyanyian kumpulan KRU.

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok, melodi lagu tersebut seakan-akan biasa didengari di telinga mereka malah membuat perbandingan di antara dua lagu tersebut bagi membuktikan dakwaan tersebut.

Peminat dakwa Sza tiru lagu kumpulan KRU.

"Tolong dengar ia seakan serupa," kata Fawlter di TikTok.

Sehubungan itu, rata-rata bersetuju dengan pendapat itu dan secara berseloroh ada merasakan Sza merupakan peminat kumpulan legenda tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Artis baharu Dina Nasz ada identiti sendiri, bukan tiru Iman Troye

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen syak lagu ‘Hujan’ tiru melodi ‘Winter Sonata’, Iqbal pun mengaku hampir sama - “Komposer kata biar je, nak wujudkan mood sedih”

"Patutlah macam pernah dengar dari hari itu tertanya-tanya macam lagu siapa... sama macam lagu KRU.

"Melodi dia sama, patutlah darah Melayu mudah terima lagu ini, Tak sangka Sza peminat KRU dalam diam," antara komen netizen.

Bukan hanya peminat di Malaysia, pendengar di Indonesia pula mendakwa melodi lagu Kill Bill serupa dengan Pagar Makan Tanaman yang dinyanyikan oleh Hijau Daun.

Melodi nyanyian Sza dikatakan mudah diterima peminat.

"Mungkin kita patut 'cancel' Sza lepas ini. Dia tiru lagu Hijau Daun.

"Sza dalam diam tiru lagu-lagu orang lain. Banyak lagu dia sama macam orang lain," kata netizen lagi.

Kill Bill merupakan single daripada album terbaharu Sza berjudul SOS.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain