suria

Netizen syak lagu ‘Hujan’ tiru melodi ‘Winter Sonata’, Iqbal pun mengaku hampir sama - “Komposer kata biar je, nak wujudkan mood sedih”

Lagu Hujan dikatakan kedengaran seperti melodi Winter Sonata daripada drama popular dari Korea Selatan.

TIDAK dinafikan single pertama nyanyian usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli berjudul Hujan menerima sambutan luar biasa daripada pendengar.

Rata-rata memuji keupayaan Iqbal, 27, untuk menyanyi walaupun ia bukanlah berada pada tahap yang memuaskan mengikut standard penyanyi profesional.

Namun selain isu kualiti vokal, tinjauan mStar di Twitter mendapati netizen di platform berkenaan menimbulkan tanda tanya tentang keaslian pada salah satu bahagian melodi lagu Hujan ciptaan Oja dan Zai Hamzah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengaku vokal capai standard AJL, Iqbal berangan bertanding di pentas besar - “Saya nyanyi live dan rakaman tak jauh beza pun”

ARTIKEL BARKAITAN: Vida seperti ‘makan cili rasa pedas’ tonton MV lagu Iqbal, tuduh lapar publisiti - “Semuanya temberang, plot twist kalah cerita Tamil”

Kata mereka, karya yang liriknya dihasilkan oleh Iqbal, Achoi Floor 88 dan Eric Fuzi itu kedengaran seperti lagu Winter Sonata daripada drama popular dari Korea Selatan.

kmen netizen

Antara komen netizen di Twitter.

Tampil menjelaskan tentang hal itu, tanpa berselindung Iqbal sendiri mengakui menyedari tentang persamaan berkenaan.

"Saya tak menafikan ada sedikit persamaan tu, saya sedar ia seakan sama.

"Pada awalnya apabila dapat lagu tu dan dengar untuk kali pertama... saya dah perasan lagu ni macam Winter Sonata.

Kalau kata meniru tu tidak la sebab saya bawa dengan suara saya sendiri... suara garau.

AHMAD IQBAL

USAHAWAN/ PENYANYI

"Tapi komposer kata tak mengapa sebab kita ada melodi tersendiri. Kalau ada persamaan pun mungkin dalam lima atau enam peratus," katanya kepada mStar.

Penangan lagu Winter Sonata begitu kuat dalam kalangan peminat tempatan sejak drama berkenaan menjadi fenomena di Malaysia sejak 2002.

"Kenapa aku dengar lagu Hujan si Iqbal tu macam lagu Winter Sonata?



Temubual bersama Iqbal tentang lagu Hujan.

"Housemate aku suruh dengar lagu Hujan by Iqbal Zulkefli ya. From what I can hear and say is... Winter Sonata.

"Tak pasti... aku tengok MV Iqbal (Hujan), lagu tu macam ada sikit Winter Sonata. Entah aku je kot yang rasa macam tu," kata beberapa netizen di Twitter.

Dalam pada itu Iqbal berkata dia berharap isu persamaan tersebut tidak diperbesarkan kerana ia berlaku secara kebetulan.

"Kalau kata meniru tu tidak la sebab saya bawa dengan suara saya sendiri... suara garau.

IQBAL3333

Lagu Hujan nyanyian Iqbal menerima sambutan luar biasa daripada pendengar.

"Lagipun ia bukanlah menjatuhkan atau meniru, mungkin hanya kebetulan.

"Komposer pun kata biar je (sedikit persamaan) sebab nak wujudkan mood sedih tu," ujarnya.

Pada 1 November lalu Iqbal yang sebelum ini mencetuskan kontroversi menerusi kisah percintaan tak jadi dengan jutawan Datuk Seri Vida melancarkan lagu Hujan di platform YouTube.

Sehingga laporan ini disiarkan, video muzik (MV) lagu tersebut masih trending di tangga pertama YouTube dengan lebih 1.5 juta tontonan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain