suria

Didi Astillah berpeluh pakai pelitup muka, rambut palsu untuk sambung kerja Zizi Kirana

Didi terpaksa memakai pelitup muka bagi menggantikan Zizi dalam drama Jamu Nesan.

TANGGUNGJAWAB membawakan watak ketua mafia dalam drama Jamu Nesan bagi menggantikan penyanyi Zizi Kirana bukan sesuatu yang mudah buat penyanyi dan pelakon Didi Astillah.

Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah berkata, dia berdepan pelbagai cabaran antaranya terpaksa memakai pelitup muka sepanjang penggambaran yang berbaki 30 peratus itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Zizi Kirana jawab dakwaan langgar kontrak, tanya pendapat ahli agama hukum pakai rambut palsu -“Mufti kata haram walaupun atas urusan kerja”

ARTIKEL BERKAITAN: Nama kena ‘petik’, Eizlan Yusof jelaskan kes dakwaan Zizi Kirana langgar kontrak - “Rafiena tahu Zizi akan bertudung, minta habiskan sebelum puasa”

Pelakon berusia 25 tahun ini juga memberitahu, dia perlu memakai rambut palsu bagi kelihatan sama seperti rambut Zizi Kirana.

Didi 2

Didi bergandingan dengan Qi Razali.

"Masa saya dapat tawaran itu, saya terfikir juga macam mana nak buat. Sebab Zizi dah lakukan separuh dan saya perlu sambung. Tapi bila saya duduk berbincang dengan Datuk Rafiena dan dia pun explain, barulah saya faham.

"Sebabkan Zizi dah buat separuh, jadi watak saya terpaksa la setiap masa kena pakai face mask. Bayangkan ada satu babak kena shooting tengah panas dan saya kena pakai face mask penuh.

"Nak bercakap pun susah... kena sebut perkataan itu dengan sangat jelas. Selain itu, saya dengan Zizi pun ada perbezaan rambut. Jadi bila ada babak yang kena lepaskan rambut, saya terpaksa pakai rambut palsu," katanya kepada mStar.

Ini kali pertama saya membawa watak sebagai ketua mafia.

DIDI ASTILLAH

PELAKON

Didi menggantikan Zizi selepas penyanyi lagu Eh itu didakwa melanggar kontrak dan gagal menyelesaikan baki penggambaran drama Jamu Nesan arahan penerbit Datuk Rafiena.

Dalam pada itu, adik kepada selebriti Bella Astillah meluahkan rasa teruja apabila diberikan peluang untuk membawa watak yang berbeza daripada lakonannya sebelum ini.

Biarpun pada awalnya berdepan dengan pelbagai cabaran, namun pelakon drama siri Perisik Cinta Tak Diundang ini berkata dia mendapat bimbingan daripada Rafiena dalam membawa karekternya.

Didi 1

Didi mendapat bantuan daripada Rafiena dari segi karekter.

"Ini kali pertama saya membawa watak sebagai ketua mafia. Sebelum ini, saya hanya dapat watak yang selamat sahaja, watak seorang wanita yang lembut. Tapi kali ini memang berbeza sangat dan saya suka dengan watak itu.

"Hari pertama penggambaran memang agak sukar juga tapi Datuk Rafiena banyak membantu macam mana nak bawa karekter saya.

"Sampai sekarang saya jadi terbawa-bawa watak itu ke rumah. Saya terikut cara bercakap dan cara duduk. Alhamdulillah, saya bersyukur diberi peluang untuk bawa watak ini," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain