suria

Faham jiwa orang muda, Sharifah Zarina rakam aksi Athalia ‘sleep call’ dengan kekasih kerana terhibur… Enggan terlalu tegas didik anak-anak

Sharifah Zarina bersikap terbuka dengan anak-anak.

PENYANYI Sharifah Zarina berpendapat bersikap tegas dalam mendidik anak-anak tidak akan membawa perubahan positif kepada mereka.

Menurut Zarina atau nama sebenar Sharifah Zarina Wan Hassan, 41, pendekatan tersebut kurang sesuai pada hari ini kerana ia boleh menganggu perkembangan anak-anak.

Berkongsi pengalamannya, Zarina memberitahu sebelum ini dia merupakan seorang ibu yang tegas terutamanya semasa mendidik anak sulungnya iaitu Athalia Deena Buswani yang kini berusia 19 tahun.

z2 - 1

Zarina dipuji sebagai seorang ibu yang bersikap terbuka.

"Sewaktu Athalia masih bersekolah dulu, saya pernah bersikap tegas sehingga tidak memberi kebenaran untuk dia keluar dan juga tidak boleh menggunakan telefon bimbit.

"Namun, saya merasakan tindakan itu tidak berhasil kerana apa yang saya lihat dia lebih culture shock dan tidak pandai bergaul dengan orang ramai," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Alvin Chong ‘dating’ dengan gadis bawah umur? Ramai peminat mula gelisah - "Anak aku tu bukan main... kata keluar nak belajar!"

ARTIKEL BERKAITAN: "Nilai maruah dan kekecewaan saya tidak diukur dengan baucar" - Sharifah Zarina padam video luahan tak puas hati layanan 'kafe hipster'

Zarina berkongsi pandangannya itu susulan video tular yang memaparkan anaknya sedang video call bersama seorang lelaki.

Berkongsi video tular itu, penyanyi lagu Langit Ketujuh ini menjelaskan dia hanya mahu mengejutkan anaknya daripada tidur, namun terkejut melihat ada cahaya lampu di wajah anak perempuannya itu.

Kata Zarina, dia sengaja merakam momen berkenaan untuk dikongsi di media sosial.

"Sebenarnya masa tu saya masuk bilik nak kejutkan Athalia. Lepas tu saya tengok macam pelik kenapa muka dia ada cahaya.

Saya pernah bersikap tegas sehingga tidak memberi kebenaran untuk dia keluar dan juga tidak boleh menggunakan telefon bimbit.

SHARIFAH ZARINA

PENYANYI

"Rupanya mereka sedang sleep call. Pada saya itu kelakuan yang comel dan relate dengan anak muda sekarang. Saya tahu dekat luar sana pun ramai sahaja remaja yang berbuat demikian. Itu sebab saya rakam dan kongsikan di media sosial," ujarnya.

Sementara itu, Zarina berkata dia memahami jiwa anak gadisnya itu kerana dia juga pernah melakukan perkara yang sama ketika sedang bercinta dengan suaminya dahulu.

"Dulu sewaktu saya bercinta dengan suami, kami pun macam tu juga. Cuma dulu tiada panggilan video, hanya boleh berhubung menerusi telefon sahaja.

"Saya lebih bersikap terbuka kerana merasakan dengan cara ini dapat merapatkan lagi hubungan antara kami anak beranak kerana Athalia akan berkongsi semuanya kepada saya," tambahnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain