suria

Ditipu ratusan ribu ringgit buatkan Ryan Bakery serik jawab panggilan, susah percaya orang… “Dah banyak kali kena”

Ryan kini lebih selesa menyerahkan pihak pengurusan mengendalikan urusan kerja.

PERSONALITI media sosial Ryan Bakery mendedahkan dia pernah berdepan kerugian ratusan ribu ringgit selepas kerja ulasan atau review yang dilakukan tidak dibayar.

Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 27, bagaimanapun enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkenaan yang melakukan penipuan itu.

“Saya dah banyak kali kena tipu fasal duit. Rasanya hampir ratusan ribu juga saya rugi apabila video sudah siap tapi pengasas produk cabut lari. Ada juga yang buat pembayaran lambat.

ryan bakery 3

Ryan popular di media sosial menerusi video lucu yang dihasilkannya.

“Bagaimanapun saya halalkan sahaja semua itu. Malas nak panjangkan cerita,” katanya kepada mStar.

Ryan ditemui di majlis sidang media Anugerah Gempak Most Wanted 2022 (GMWA2022) yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

Gara-gara kejadian itu, Ryan berkata dia menjadi seseorang yang sangat berhati-hati dan sukar untuk mempercayai orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada sebab nak sombong, Ryan Bakery tersinggung dituduh mula besar kepala... “Saya orangnya masuk air”

ARTIKEL BERKAITAN: “Tetap ada waktu jatuh dan bangkit aku” - Ryan Bakery selamat bergelar suami kepada Elyia Ibrahim

Itu juga menjadi sebab dia tidak menjawab panggilan mana-mana nombor tidak dikenali sehingga ada yang melabelkan dirinya sombong.

“Saya tahu ada yang kata saya ini sombong. Disebabkan pernah kena tipu saya susah nak percaya orang dan berhati-hati menjawab panggilan.

“Saya minta maaf kepada mana-mana pihak yang terasa. Sekarang ini, saya sudah ada pihak pengurusan. Jadi apa sahaja berkaitan kerja biar mereka yang uruskan. Lebih mudah,” jelasnya.

Disebabkan pernah kena tipu saya susah nak percaya orang dan berhati-hati menjawab panggilan

RYAN BAKERY

PERSONALITI MEDIA SOSIAL

Bercakap mengenai kerjaya, Ryan kini mula melebarkan sayap ke bidang lakonan dan bakal tampil dalam tiga buah filem.

Menepis dakwaan sesetengah pihak kononnya influencer tidak layak diangkat menjadi pelakon, Ryan berkata ini peluang terbaik untuk dia menunjukkan bakat sebenar.

“Pengarah yang beri kepercayaan untuk saya berlakon. Apa salahnya mencuba. Inilah cara untuk saya kembangkan bakat.

ryan bakery 2

Ryan tercalon sebagai top 5 GMWA2022.

“Bermula dengan buat content di media sosial, kini diberi rezeki berlakon pula. Saya juga mahu buat ibu bapa bangga,” jelasnya.

Dalam GMWA2022, Ryan tercalon bagi kategori Digital Content Creator Tergempak bersama empat pesaing lain iaitu Khairul Aming, Mek Yun, Syahmi Sazli dan Namie.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain