suria

“Manisnya dia, iras muka mama la” - Mira Filzah dan suami kongsi foto anak di Instagram

Mira Filzah dedah wajah anak buat kali pertama pada umum.

HAMPIR enam bulan melahirkan cahaya mata sulung, pelakon Mira Filzah dan suami Wan Emir Astar akhirnya mendedahkan wajah anak lelaki mereka di media sosial.

Wan Emir memuat naik gambar keluarganya yang sedondon memakai pakaian tradisional berwarna hijau dan memperlihatkan wajah Wan Khair Amir yang tersenyum comel.

Tidak hanya satu, pasangan itu memuat naik dua lagi gambar anak mereka untuk tatapan peminat.

Wan Emir menerusi hantaran di Instagram turut berdoa agar putera sulung mereka itu menjadi insan yang berguna pada agama dan bangsa.

Mira Filzah dan suami kongsi wajah anak.

"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Papa dan mama serta semua mendoakan moga Wan Khair Amir menjadi anak yang soleh dan insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air," katanya.

Dalam pada itu, pasangan berkenaan juga meluahkan rasa sayangnya terhadap anak mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Mira Filzah minta tip susukan bayi, yang penting tak nak stres... Akaun IG anak kini lebih 37,000 pengikut

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai tak sabar nak tengok ‘baby boy’, Mira Filzah dan suami masih kepenatan, akan ‘update’ dari semasa ke semasa

"Papa dan mama sayang anak papa mama Wan Khair Amir hingga ke akhir waktu," katanya lagi.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet memuji akan kecomelan wajah anak pelakon berkenaan.

Mereka juga berpendapat bahawa wajah Wan Khair Amir seiras wajah ibunya.

Mira Filzah selamat lahirkan Wan Khair Amir 10 Mei lalu.

"Wah comelnya, iras muka mama la.

"Manisnya muka, banyak ikut Mira ni. Senyum pun sama.

"Amir cemboy la, geram dengan pipi dia," kata netizen.

Untuk rekod, Mira, 29, selamat melahirkan bayi lelaki mereka pada 10 Mei lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain