suria

Enam tahun tak datang Malaysia, Lee Min Ho tersentuh sambutan peminat tetap macam dulu

Lee Min Ho dapat bertemu peminat di Malaysia.

BINTANG popular Korea Selatan tersentuh dengan sambutan peminat di Malayasia apabila diserbu mereka sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat lalu.

Min Ho berkata, dia turut teruja dapat kembali semula ke Malaysia selepas kali terakhir datang ke negara ini pada 2016.

"Masa berlalu agak pantas, walaupun sudah enam tahun berlalu tetapi saya sangat gembira dapat kembali ke Malaysia.

"Sebaik sahaja keluar dari pagar lapangan terbang, saya lihat peminat memenuhi ruang dan menjerit 'saya rindu awak'. Itu membuatkan saya tersentuh," katanya.

Lee Min Ho tersentuh lihat sokongan peminat.

Min Ho berkata sedemikian ketika ditemui di Arena Axiata Bukit Jalil pada Sabtu bersempena konsert ulang tahun Cuckoo yang kelapan.

Ditanya apa yang disukai mengenai negara ini, pelakon berusia 35 tahun itu mengakui sangat menyenangi Malaysia sekaligus menyukai peminat-peminatnya di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat ‘makan hati’ tengok Awal Ashaari, Scha Alyahya jumpa Lee Min Ho... Duduk sebaris siap berborak lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Foto Lee Min Ho, Yeonwoo ‘dating’ tersebar... peminat lega selepas agensi sahkan hanya kawan biasa

"Setiap kali datang ke Malaysia saya rasa bersemangat, tenang dan bersederhana.

"Peminat di sini mereka sangat baik, manis dan juga bersemangat," katanya.

Peminat Malaysia sangat baik, manis dan bersemangat.

LEE MIN HO

PELAKON

Berkongsi perkembangan terkini, Min Ho memaklumkan bahawa dia sedang menjalani pengambaran dua dramanya yang bertajuk As A Star serta Pachinko untuk musim kedua.

Konsert ulang tahun Cuckoo Appreci8th ini juga menampilkan barisan artis tanah air seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aina Abdul, Hael Husaini, DOLLA, Datuk Jamal Abdillah, Misha Omar, dan Floor88.

Bukan itu sahaja, konsert Cuckoo juga turut disertai Naqiu, Amelina, Khai Bahar, Kmy Kmo & Luca Sickta serta peserta dari Gegar Vaganza 9 iaitu Tomok, Dina Nadzir dan Jaclyn Victor.

photo1664674085

Lee Min Ho bersama produk terbaharu Cuckoo.

Dalam pada itu, pihak Cuckoo turut mengambil kesempatan melancarkan produk terbaharunya iaitu Penapis Udara Cuckoo R Model yang lebih mesra pengguna serta berkesan dan bergaya sesuai untuk setiap isi rumah di Malaysia.

Penapis Udara Cuckoo R model ini juga sangat mampu milik dengan harga RM69 sebulan dan boleh didapati bermula 2 Oktober ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain