suria

Peminat ‘makan hati’ tengok Awal Ashaari, Scha Alyahya jumpa Lee Min Ho… Duduk sebaris siap berborak lagi

Peminat teruja melihat Scha dan Awal berbual bersama Lee Min Ho.

RAMAI peminat nampaknya ‘makan hati’ apabila menonton video pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya berbual serta duduk di atas kerusi sebaris dengan pelakon popular dari Korea, Lee Min Ho.

Video yang dimuat naik oleh Awal di Instagram itu menjadi tular di aplikasi TikTok apabila dikongsi semula oleh peminat.

Menerusi satu perkongsian oleh pengguna aplikasi berkenaan, netizen meninggalkan komen meluahkan rasa cemburu melihat pertemuan tiga selebriti itu.

"Macam tu je mereka borak? Saya teringin sangat nak jumpa Lee Min Ho.

"Untungnya Lee Min Ho duduk sebelah saja, indahnya kalau dapat jumpa dan berbual depan-depan macam itu," tulis netizen.

WhatsApp Image 2022-09-24 at 11.30.19 AM

Antara komen netizen yang teruja melihat pasangan ini bertemu dengan aktor Korea itu.

Sebelum itu, menerusi Instagram Awal berkongsi video dia dan isteri menghadiri Minggu Fesyen Milan (MFW) 2022.

ARTIKEL BERKAITAN: Scha Alyahya terbuka hati terima teguran netizen, mengaku salah pakai skirt pendek... Tak perlu tegakkan benang basah!

ARTIKEL BERKAITAN: Foto Lee Min Ho, Yeonwoo ‘dating’ tersebar... peminat lega selepas agensi sahkan hanya kawan biasa

Apa yang menarik perhatian netizen ialah Awal dan Scha dilihat duduk sebaris dengan Lee Min Ho dan sempat berbual dengan aktor terkenal itu.

"Hello brother, hi, awak akan berkunjung ke Kuala Lumpur?" kata Scha dalam rakaman video berkenaan.

Pelakon Korea itu dilihat menyambut mesra pertanyaan mereka dan mengangguk tanda memahami apa yang dikatakan oleh Scha.

lmh2

Scha dan Awal sebelum berangkat ke Milan.

Untuk info, minggu fesyen berkenaan turut dihadiri ramai bintang popular dunia antaranya kumpulan GOT7, Yugyeom, Luna Maya, Khaby Lame, Naomi Campbell dan J Balvin.

Dalam perkembangan lain, Lee Min Ho bakal memeriahkan konsert sempena ulang tahun kelapan Cuckoo yang akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 1 Oktober depan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain