suria

“Kreatif, idea luar biasa”… Ubi tepati ramalan muncul juara ‘Muzikal Lawak Superstar 3’

Ubi yang dianggotai oleh Fad Bocey, Sharif Zero dan Namie meluahkan rasa syukur kerana diangkat sebagai juara.

KUMPULAN Ubi menepati ramalan apabila diumumkan sebagai juara program Muzikal Lawak Superstar musim ketiga (MLS3) yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.

Dalam ucapannya, Ubi yang dianggotai oleh Fad Bocey, Sharif Zero dan Namie meluahkan rasa syukur kerana diangkat sebagai pemenang bagi musim kali ini.

"Alhamdulillah! Terima kasih kepada juri-juri kerana memberikan input setiap minggu supaya kami mampu memberi yang terbaik, bukan untuk kami tetapi untuk hiburkan semua orang,” kata Ubi selepas diumumkan sebagai juara.

ubi2 (1)

Persembahan Ubi mendapat pujian Najip Ali selaku juri.

Dalam persembahannya itu, juri tetap iaitu Najip Ali memuji lawak yang disampaikan Ubi dan menyifatkan ia idea luar biasa.

"Persembahan kreatif... tanpa batasan. Idea luar biasa!

"Anda sudah berikan seni lawak yang berkesan," kata Najip.

ARTIKEL BERKAITAN: “Punchline sentiasa keluar dari dia”- Fad dan Sharif akui Namie ‘killer’ kumpulan Ubi, janji persembahan luar biasa di final MLS3

ARTIKEL BERKAITAN: Sedar kurang popular tapi Nizam Jentik-Jentik bangga sertai banyak program besar... Seronok buat lawak bahan diri sendiri

ubi3

Ubi meluahkan rasa syukur dengan kemenangan yang diterima.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM150,000.

Sementara itu, kumpulan Cili yang dianggotai Ali Puteh, Achey dan Shiha Zikir menjadi naib juara dan membawa pulang wang tunai RM75,000.

Shiha Zikir juga menerima gelaran Superstar Paling Gempak untuk minggu ini.

Manakala tempat ketiga menjadi milik Bahroy yang dianggotai Nizam Jentik Jentik, Shashic Eiwan dan Roy Azman.

Kumpulan OOD yang dianggotai Man Raja Lawak, Chiwan dan Zahid diumumkan sebagai penerima tempat keempat.

Masing-masing membawa pulang wang tunai RM50,000 dan RM25,000.

Semua finalis MLS3 diadili 75 peratus daripada markah juri tetap iaitu Datuk Awie, Siti Saleha dan Najip Ali, manakala 35 peratus lagi undian penonton awam.

MLS3 dihoskan oleh Elly Mazlein dan Sharnaaz Ahmad itu disiarkan secara langsung di saluran Astro Warna HD (107).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain