suria

“Punchline sentiasa keluar dari dia”- Fad dan Sharif akui Namie ‘killer’ kumpulan Ubi, janji persembahan luar biasa di final MLS3

Ubi akui mereka saling melengkapi antara satu sama lain.

PERSEMBAHAN kumpulan Ubi yang dianggotai oleh Fad Bocey, Sharif Zero dan Namie sentiasa dinanti-nantikan oleh penonton Muzikal Lawak Superstar musim ketiga (MLS3).

Layak ke pentas akhir, salah seorang ahli iaitu Fad Bocey atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam, 31, mengakui Namie merupakan antara kekuatan untuk kumpulan itu merangkul gelaran juara.

"Setiap kumpulan pasti akan ada ahlinya yang menjadi highlight (tumpuan) penonton tapi untuk Ubi kami sentiasa berpesan... untuk berjaya kita tidak boleh bergantung kepada seorang ahli sahaja.

ASTRO_4642

Fad dan Sharif setuju Namie killer dalam kumpulan Ubi.

"Kita sentiasa mendengar pendapat setiap ahli. Ramai orang cakap Ubi akan sampai ke sini (final) jadi kita kena buktikan atas pentas.

"Saya setuju Namie ada kekuatan dia. Dalam kumpulan Ubi ni, Namie adalah killer! Tapi kami cuba untuk latih agar ketiga-tiganya fit, boleh jadi killer dan jadi tekong. Sama-sama memberi dan menerima," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggap peserta ketandusan idea, Awie harap tiada lagi sentuh isu agama dan ‘body shaming’ di pentas akhir MLS3

ARTIKEL BERKAITAN: Arteh gagal lolos peringkat akhir, 4 kumpulan bakal berentap rebut gelaran juara Muzikal Lawak Superstar 3

Hal itu turut diakui oleh Sharif atau nama sebenarnya Sharif Kadir Doli Sharif, 32, yang mengakui sememangnya mereka banyak mengetengahkan Namie dalam setiap kali persembahan mingguan sebelum ini.

"Walaupun saya dah join banyak kumpulan tapi Ubi ini saya rasa lain! Kalau tengok killer dalam kumpulan Ubi ni memang Namie.

"Punchline terbesar sentiasa keluar daripada dia tapi dalam masa sama ada juga daripada kami juga cuma planning memang akan ke Namie," ujarnya.

Dalam pada itu, Fad turut memaklumkan bahawa keistimewaannya kumpulan Ubi ini ialah mereka saling melengkapi antara satu sama lain.

Kami setuju, tapi kami trainee tiga-tiga jadi killer.

FAD

PENYAMPAI RADIO & PELAWAK

"Mahalnya kumpulan Ubi ini ialah apabila kami melengkapi antara satu sama lain supaya kita tidak terlalu terikat. Kadang apabila seorang dah jadi highlight penonton, tumpuan hanya pada dia sahaja dan bukan dekat kumpulan.

"Sebab itulah kami perlu mencari kekuatan masing-masing dan saling melengkapi antara satu sama lain.

"Kita tahu kekuatan Namie dekat mana, tahu apa yang dia mampu buat tapi bila dia dah all out, orang akan cakap... apa lagi dia boleh buat? Iyalah pistol pun boleh habis peluru inikan pula kita manusia," ujarnya.

ASTRO_5093

Namie punchline terbesar kumpulan Ubi.

Bercakap mengenai pentas akhir yang bakal bersiaran secara langsung pada malam Jumaat, Fad berkata kumpulan Ubi menjanjikan sesuatu yang luar biasa dan akan diingati oleh penonton.

Selain Ubi, tiga lagi kumpulan mara ke peringkat akhir iaitu Cili, Bahroy dan Ood.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain